J. Lee Grady:
Perkahwinan kami tidak pernah sempurna (kami bertengkar untuk pertama kali sekembali dari berbulan madu), tetapi kami telah belajar untuk meletakkan Yesus di tempat terutama dalam perhubungan kami. Dialah sebabnya perkahwinan kami telah bertahan 30 tahun melalui ribut dan cabaran. Dan apabila kawan-kawanku yang lebih muda meminta nasihatku bagaimana mencari pasangan yang tepat, aku berkongsi daripada pengalamanku.
Berikut 10 perkara yang anda harus lakukan jika anda ingin mencari pasangan yang tepat untuk berkahwin:
1. Jadikan Yesus yang terutama dalam hidupmu. Ada orang Kristian yang begitu sangat ingin berkahwin sehingga menjadikannya seperti berhala. Aku menunggu sehingga aku berusia 25 tahun sebelum aku berkahwin dengan Deborah, dan aku telah memberitahu Tuhan banyak kali bahawa aku akan terus hidup membujang jika itu adalah rencana-Nya untukku. Aku ingin berkahwin tetapi aku tahu bahawa Yesus harus jadi keutamaanku Aku berpegang pada Mazmur 37:4, "Dan bergembiralah kerana TUHAN; maka Ia akan memberikan kepadamu apa yang diinginkan hatimu." Ayat itu akhirnya tercatit di muka depan kad jemputan kahwin kami.
2. Percaya bahawa Tuhan akan memberkati anda dengan pasangan yang baik. Ada orang yang fikir bahawa jika mereka menuruti pilihan Tuhan untuk mereka, Tuhan akan memberi mereka pasangan yang mereka tidak sukai. Itu gila! Bapa ingin memberkati anda. Orang yang dibawanya ke dalam hidup anda tidaklah sempurna (begitu juga anda!), tetapi anda akan berbahagia jika anda menantikan pilihan-Nya untuk anda.
3. Dipimpin oleh Roh Kudus. Aku tidak percaya hanya ada satu cara untuk mendapatkan teman hidup. Ada yang bertemu ketika di gereja, ada yang bertemu melalui perkhidmatan internet seperti eHarmony atau Match.com. Aku juga mengenali lelaki-lelaki di India yang mana perkahwinan mereka telah diatur oleh ibubapa mereka! Tetapi kuncinya adalah mengizinkan Roh Kudus memimpin anda dalam prosesnya. Sebagai seorang anak muda, aku telah mendapat ilham daripada kisah Ishak dan Rebekah dalam Alkitab, dan aku percaya bahawa Tuhan akan menunjukkan kepadaku siapa bakal isteriku. Dan Tuhan telah pun melakukan itu. Aku tahu bahawa Deborah akan menjadi isteriku sebelumpun kami mula berpacaran.
4. Menantikan masa Tuhan. Aku kenal para jejaka yang melakukan kesilapan jatuh cinta terlebih dahulu sebelum menyedari mereka bersama gadis yang salah. Perlahankan diri. Perkahwinan ialah keputusan paling penting yang anda akan buat. Perhatikan semua pilihan yang ada dan gunakan pertimbangan yang wajar. Jika anda tidak sabar dalam hal perkahwinan, anda akan benar-benar menyesal kelak.
5. Carilah pasangan yang sepadan secara rohani dengan anda. Aku berharap anda sudah tahu bahawa anda tidak harus berkahwin dengan seorang yang tidak seiman. Tetapi anda tidak boleh juga berkahwin dengan siapa-siapa saja orang Kristian! Terdapat ramai orang yang mempunyai akhlak yang tidak pasti dan iman yang tidak menentu yang duduk di bangku gereja dan yang melayari laman pacaran Kristian. Kekalkan standard yang tinggi. Jika anda memilih untuk berkahwin dengan seorang yang tidak sungguh-sungguh imannya, anda akan mengalami bebanan membawanya mengikuti anda seumur hidup. Kahwinilah seorang yang akan mencabar anda untuk hidup sungguh-sungguh bagi Tuhan!
6. Dapatkan pengesahan (konfirmasi). Selepas berpacaran seketika, anda mungkin akan merasa bahawa anda telah bertemu dengan orang yang tepat, tetapi janganlah membuat keputusan secara mendadak. Mintalah pengesahan daripada Tuhan. Anda juga boleh meminta mentor-mentor dan pastor-pastor untuk berdoa bersama anda untuk memdapat pimpinan Tuhan. Jika anda telah menemukan orang yang tepat, Tuhan akan memberikan anda lampu hijau. Tetapi jika orang-orang yang rohani yang mengasihi anda memberi anda amaran untuk menjauhi pacaran anda, janganlah menolak nasihat mereka. Mungkin Tuhan ingin menyelamatkan anda daripada perhubungan yang mengecewakan.
7. Pastikan anda siap untuk perkahwinan. Walaupun anda sudah menemukan pasangan yang tepat, jangan menganggap bahawa ianya sudah waktu untuk merancang perkahwinan. Buat penilaian dahulu. Adakah anda mempunyai isu kemarahan yang belum selesai? Dapatkan kaunseling. Adakah anda berdua cukup kewangan untuk berkahwin dan menyara kos kehidupan dengan gabungan gaji anda? Perlukah anda membayar hutang terlebih dahulu? Kita perlu praktikal, cinta itu hebat tetapi cinta sahaja tidak akan membayar sewa.
8. Bila tiba waktunya, tunjukkan cinta anda. Tuhan telah menciptakan perasaan romantik. Bila anda tahu bahawa anda sedang bercinta dengan orang yang tepat, anda berdua boleh menikmati detik-detik percintaan yang indah. Samada ianya melibatkan bunga mawar, coklat, hidangan yang bagus, atau berjalan bersama di pantai, anda boleh menciptakan kenangan manis yang berpanjangan untuk anda berdua. Cinta yang romantik boleh mengukuhkan lagi perhubungan anda.
9. Jauhi hubungan intim sehinggalah hari pernikahan. Cara terburuk untuk merosakkan pertunangan ialah dengan mengadakan hubungan seks sebelum nikah. Sebaik sahaja anda bertunangan, berbincanglah dengan bakal teman hidup anda bagaimana anda berdua akan menghormati batas-batas perhubungan sehinggalah masanya anda berdua melafazkan ikrar perkahwinan. Aku dan isteriku telah memelihara kesucian sepanjang pertunangan, jadi apabila kami berdiri di hadapan mimbar untuk mengesahkan perkahwinan kami, kami melangsungkannya dengan hati nurani yang jernih. Jangan biarkan nafsu merampas berkat itu dari anda. Orang yang menjalinkan hubungan seks sebelum nikah tidak dapat saling mempercayai kemudiannya.
10. Ikuti kelas bimbingan pra-nikah. Ramai pastor tidak akan menjalankan perkahwinan untuk sesuatu pasangan sekiranya mereka tidak bersetuju mengikuti kaunseling pra-nikah. Dapatkan informasi samada gereja anda menawarkan kelas persediaan perkahwinan atau ada pasangan lebih tua yang anda percayai yang boleh bertemu dengan anda berdua beberapa kali untuk membincangkan isu-isu komunikasi, kewangan, seks, perancangan keluarga dan prinsip-prinsip asas perkahwinan. Jangan anggap bahawa anda sudah memahami mengenai perkahwinan. Anda memerlukan sebanyak nasihat yang mungkin!
Ingatlah: Perkahwinan yang berjaya bukan sahaja mengenai dua peribadi. Pengkhotbah 4:12 menyatakan bahawa, "Tali tiga lembar tak mudah diputuskan." Perkahwinan yang paling bertahan adalah perkahwinan yang terdiri daripada seorang suami, seorang isteri... dan Yesus! Jika anda mengundang-Nya untuk mengikat erat perkahwinan anda dari permulaan lagi, aku percaya ianya akan berkekalan.

(Diterjemah daripada artikel Charisma Magazine bertajuk "How To Find The Right Mate - And Build A Marriage That Lasts" penulisan J. Lee Grady betarikh 30 April 2014)