Gereja St Anthony, salah satu gereja Sri Lanka yang diserang pengganas |
Pengeboman Semasa Easter
Pengeboman Easter di Sri Lanka adalah serangan pengganas yang terancang yang terjadi pada 21 April 2019, Ahad Easter, apabila tiga gereja Kristian di sekitar Sri Lanka dan tiga hotel mewah di pusat komersial ibu kota Colombo telah disasarkan dalam satu siri pengeboman bunuh diri. Pada hari yang sama kemudiannya pengeboman yang lebih kecil terjadi di kompleks perumahan di Dematagoda dan sebuah rumah tumpangan di Dehiwala.

253 Orang Terkorban
Bilangan besar bahagian tubuh yang dijumpai menjadikannya sukar untuk membuat kiraan jumlah kematian yang tepat menyebabkan lebih 300 kematian telah didakwa terjadi tetapi kemudiannya telah diperbetulkan selepas autopsi dijalankan. Lebih kurang 253 orang telah terbunuh, termasuk sekurang-kurangnya 42 orang asing dan tiga pegawai polis dan sekurang-kurangnya 500 orang tercedera.

Pengeboman-pengeboman itu telah dijalankan semasa kebaktian Easter di Negombo, Batticaloa dan Colombo; hotel-hotel yang telah dibom adalah Shangri-La, Cinnamon Grand, Kingsbury dan Tropical Inn.
Serangan bom di sebuah gereja Sri Lanka semasa Ahad Easter |
Menurut pegawai-pegawai kerajaan, kesemua tujuh pengebom bunuh diri dalam serangan-serangan hampir serentak itu adalah rakyat Sri Lanka yang berkaitan dengan National Thowheeth Jama'ath, sebuah kumpulan militan Islam tempatan yang disyaki mempunyai kaitan luar negara, yang diketahui sebelum ini kerana serangan-serangan terhadap golongan Buddhis.
Pembalasan Untuk Serangan Masjid Di Christchurch?
Menteri Pertahanan, Ruwan Wijewardene telah mengatakan di parlimen bahawa siasatan awal menunjukkan serangan itu adalah pembalasan terhadap serangan ke atas orang-orang Muslim di Christchurch pada 15 Mac 2019. Bagaimanapun, para penganalisa percaya bahawa serangan-serangan itu telah dirancang sebelum serangan Christchurch.

Daesh Mendakwa Bertanggungjawab
Pada 23 April 2019, Amaq News Agency, agensi propaganda untuk organisasi militan pengganas Muslim, Daesh telah mendakwa bahawa pengebom-pengebom itu adalah pejuang-pejuang Daesh yang menyahut seruannya untuk menyerang rakyat negara-negara gabungan yang telah campur tangan terhadap kumpulan itu. Walau bagaimanapun, Sri Lanka bukanlah sebahagian daripada gabungan anti-Daesh dan majoriti besar orang-orang yang terbunuh adalah rakyat Sri Lanka.