Di kebanyakan Sekolah Minggu, soalan itu adalah soal jawab akademik (untuk pembelajaran semata-mata).
"Berapa ramaikah yang rela mati untuk Kristus?" tanya seorang guru pada pagi Easter. Setiap daripada anak-anak itu dengan patuh mengangkat tangan.
Beberapa minit kemudian kelas Sri Lanka itu bersurai untuk pergi ke kebaktian umum Gereja Zion, mereka melalui perkarangan luar gereja di mana seorang yang tidak dikenali sedang bercakap dengan pemimpin-pemimpin gereja. Lelaki itu telah mendapat tahu bahawa tiada Misa Easter di gereja Katolik yang berhampiran di Batticaloa, dan ingin tahu bilakah kebaktian di gereja ini akan bermula. Dia bertanya mengenai kebaktian penyembuhan di gereja ini.
Para pemerhati melaporkan bahawa lelaki itu berpeluh banyak. Seorang pastor mengajaknya meletakkan beg galasnya. Kemudian, terjadi letupan - ramai orang di dalam gereja berfikir itu adalah generator.
Separuh daripada kanak-kanak itu mati serta-merta di situ.
"Kesemua daripada kanak-kanak itu telah memberi respon (kepada soalan guru mereka) dengan mengangkat tangan, dan menandakan penyerahan semula hidup mereka kepada Yesus dengan menyalakan lilin secara simbolik," kata seorang pemimpin Sekolah Alkitab. "Untuk ramai daripada anak-anak itu, itu adalah tindakan penyembahan mereka yang terakhir."
Sekurang-kurangnya 26 peserta ibadah - termasuk 16 kanak-kanak - telah terbunuh dan seratus orang tercedera di Zion, sebuah jemaat karismatik di bawah Fellowship of Free Churches in Sri Lanka. Dua gereja Katolik berdekatan dan di Colombo di pantai arah bertentangan di kepulauan negara itu juga telah diserang pada pagi itu, bersama dengan tiga hotel. Jumlah kematian pada waktu ini adalah 253, diturunkan dari jumlah 359.
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Christianity Today bertajuk, "Sri Lankan Sunday School 'Was Willing To Die For Christ' On Easter. Half Did" yang ditulis oleh Jayson Casper bertarikh 25 April 2019)