Keluarga seorang mangsa yang meninggal dunia dalam ledakan bom pada Ahad lalu di Sri Lanka berkata bahawa tindakannya telah membantu menyelamatkan banyak nyawa. Ramesh Raju telah menghentikan seorang lelaki dengan beg galas dari memasuki Gereja Zion yang penuh dengan orang yang datang beribadah. Jika penyerang pada waktu itu dapat masuk, jumlah kematian akan jauh lebih tinggi lagi.
Sebuah poster putih yang besar bergantungan di luar rumah Chrishanthini Ramesh di bandar Batticaloa di pantai timur Sri Lanka.
Di sebelah kirinya adalah foto seorang lelaki yang tersenyum ke arah kamera. Dia memakai baju kelabu dan bermisai.
Namanya Ramesh Raju. Dia adalah seorang ayah, suami, kontraktor binaan dan cuma berusia 40 tahun.
Ramesh Raju dan keluarganya |
Sebagaimana kehidupan dikongsi bersama di kalangan ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan dalam masyarakat ini, begitu juga kematian.
Saudara-mara dari jauh dan dekat telah berhimpun untuk memberikan penghormatan mereka - ada di kalangan mereka bermain telefon bimbit dengan rasa cemas, ada yang lain sedang menangis.
Seorang wanita berbaju sari hijau sedang menangis dengan kuat.
Sambil kami melepasi kumpulan yang terhimpun itu, kami diperkenalkan kepada Chrishanthini dan dua anaknya, Rukshika dan Niruban, yang berusia 14 dan 12 tahun.
Chrishanthini adalah guru sekolah minggu di Gereja Zion, dan Ahad lepas - seperti Ahad yang lain - dia pergi untuk mengajar kelasnya.
Dia dan Ramesh selalu membawa anak-anak mereka beribadah setiap minggu, dan suaminya telah menyertai mereka untuk berdoa.
Setelah kelas sekolah minggu berakhir, Chrishanthini dan beberapa kanak-kanak pergi ke luar untuk makanan ringan sebelum kebaktian Easter bermula.
Ramesh juga di perkarangan gereja ketika dia melihat seorang lelaki yang tidak dikenalinya sedang membawa sebuah beg galas yang besar.
Lelaki itu memberitahunya bahawa beg itu mengandungi kamera video dan dia telah datang untuk merakam video orang-orang yang beribadah di gereja.
"Suami saya merasa sesuatu yang tidak kena, dan memberitahu lelaki itu bahawa dia perlu dapatkan izin terlebih dahulu.
"Suami saya kemudiannya memaksa orang itu pergi," Chrishanthini memberitahu saya.
Sambil Chrishanthini menuju masuk ke dalam gereja, yang telah dipenuhi dengan seramai 450 orang pada salah satu hari yang paling suci dalam setahun, dia mendengar suatu letupan kuat.
Sambil rasa panik berleluasa, sesetengah daripada anggota gereja memanjat tembok di sebelah gereja untuk mencari orang-orang kesayangan mereka.
Orang ramai lari bertempiaran sambil beberapa bangunan terbakar.
Chrishanthini dan keluarganya dapat melepaskan diri dan bergegas ke hospital-hospital berdekatan untuk mencari Ramesh.
Berjam-jam kemudian mereka telah menjumpai mayatnya.
Dia telah mati serta-merta, di tapak di mana isterinya telah melihatnya kali terakhir.
Keluarga mereka telah dipersatukan kembali untuk kali terakhirnya.
Ramesh telah dikebumikan pada hari Isnin. Anggota-anggota pasukan polis tempatan adalah di antara mereka yang datang untuk memberikan penghormatan terakhir mereka.
Manakala tindakannya tidak dapat menyelamatkan dirinya, dia telah menyelamatkan banyak nyawa.
Seramai 29 orang telah mati dalam letupan di Gereja Zion, termasuk 14 orang kanak-kanak. Ramesh Raju telah berjaya menghalang pengebom itu dari membunuh lebih ramai orang di gereja itu.
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel BBC bertajuk, "Sri Lanka: The Worshipper Who Blocked A Bomber" yang ditulis oleh Rajini Vaidyanathan bertarikh 24 April 2019)
Lelaki itu memberitahunya bahawa beg itu mengandungi kamera video dan dia telah datang untuk merakam video orang-orang yang beribadah di gereja.
"Suami saya merasa sesuatu yang tidak kena, dan memberitahu lelaki itu bahawa dia perlu dapatkan izin terlebih dahulu.
"Suami saya kemudiannya memaksa orang itu pergi," Chrishanthini memberitahu saya.
Keadaan selepas letupan bom di Gereja Zion |