Rabu, 4 April 2018

"Yesus Telah Mengubah Hidupku": Justin Bieber Berkongsi Kesaksian Easternya Yang Sangat Berkuasa


Bintang pop Justin Bieber telah menjadi semakin lantang mengenai iman Kristiannya pada tahun-tahun kebelakangan ini, dan pada Easter kali ini, dia ingin menyatakannya dengan jelas: Easter hanyalah berkenaan satu perkara sahaja, dan itu adalah Yesus Kristus.

Dalam satu Instagram Easter, penyanyi itu mengisytiharkan bahawa "Yesus telah mengubah hidupku."

"Easter bukan mengenai arnab, ianya adalah peringatan bahawa Yesusku mati di kayu salib untuk dosaku dan kemudian bangkit dari kematian mengalahkan maut!" begitu ditulisnya. "Aku percaya ini terjadi dan ianya mengubah segala sesuatu! Aku dibebaskan daripada segala ikatan dan malu."

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber) on

Bieber telah mula selalu menghadiri gereja dan telah membentuk ikatan rapat dengan beberapa pastor berprofil tinggi seperti Carl Lentz dari Hillsong NYC dan pemimpin Zoe Church yang berpusat di LA, Chad Veach.

"Aku adalah anak Allah Maha Tinggi, dan Dia mengasihiku sesungguhnya di mana pun aku berada, sebagaimana dan seadanya aku," begitu pengakhir catitannya.

Bieber selalu menulis mengenai imannya di Instagram. Pada penghujung tahun lepas, dia telah melelong sebuah lukisannya yang diberi tajuk "Calvary" dan menggambarkan salib Kristus, untuk menyumbangkan bantuan kebajikan kepada mangsa-mangsa kebakaran hutan tidak terkawal di California.

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber) on

Satu lagi daripada penulisannya menggalakkan peminat-peminatnya untuk berpaling kepada Tuhan untuk pertolongan di waktu-waktu kesusahan.
"Adakah anda merasa tiada pilihan lagi? Adakah anda merasa tiada harapan? Adakah anda merasa bahawa anda tidak cukup bagus? Bagaimana jika saya memberitahu anda bahwa ada satu Tuhan yang rela menemui anda dalam apa pun keadaan anda? Bagaimana jika saya memberitahu anda bahawa Dia boleh mengambil dari anda rasa sakit, malu, (rasa bersalah) dan takut?"
Pada  musim bunga yang lalu, Bieber telah membuat persembahan di sebuah konsert berikutan serangan pengganas di konsert Ariana Grande di Manchester, England. Dalam persembahan yang penuh emosi, Bieber mendorong orang-orang yang berkabung untuk mencari Tuhan pada waktu yang mencabar bagi mereka.

"Aku tidak akan melepaskan pengharapan. Aku tidak akan melepaskan kasih. Aku tidak akan melepaskan Tuhan," begitu katanya. "Tuhan itu baik di tengah-tengah kegelapan itu. Tuhan baik di tengah-tengah kejahatan itu. Tuhan masih ada di situ, tidak kira apa yang sedang terjadi di dalam dunia. Tuhan ada di tengah-tengah kita dan Dia mengasihi anda dan ada di sini untuk anda."

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Faithwire bertajuk, "Jesus Has Changed My Life: Justin Bieber Shares His Powerful Easter Testimony" yang ditulis oleh Will Maule bertarikh 3 April 2018)