Isnin, 24 September 2018

5 Filem Kristian Yang Harus Ditonton Musim Luruh Ini (Sep - Dis)


Filem-filem berasaskan iman telah berjaya mendapat sambutan ramai dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan industri hiburan telah mengambil perhatian, dengan banyak filem berasaskan iman yang akan dilancarkan pada musim luruh ini (September - Disember). Fokusnya kelihatan pada kehidupan rohani di luar negara, dengan kisah-kisah keluarga misionari, kehidupan tentera, dan seorang penginjil terkemuka dunia.

Pada bulan Mac, filem Kristian "I Can Only Imagine" mengejutkan ramai apabila ianya mendapatkan $17.1 juta pada hujung minggu pelancarannya, dan kemudian $83 juta jumlah sepenuhnya. Sebuah lagi filem Kristian, "Paul, Apostle of Christ," yang memaparkan Jim Caviezel, juga telah dilancarkan pada Mac, mendapat tempat di kalangan 10 filem tertinggi pada minggu pelancarannya.

Berikut senarai lima filem berdasarkan iman untuk perhatian kita musim luruh ini:

"GOD BLESS THE BROKEN ROAD"



Filem ini menceritakan kisah seorang janda muda yang bergelut untuk berpegang kepada imannya kepada Tuhan selepas suaminya terbunuh dalam peperangan di Afganistan. Filem itu telah diarahkan oleh Harold Cronk, pembikin filem "God's Not Dead," dan dijangka mencapai kejayaan yang sama dengan filem-filemnya yang lain.

Filem itu akan melanda pawagam mulai 7 September, dan memaparkan pelakon-pelakon bintang Lindsay Pulsipher (dari “True Blood), Andrew W. Walker (dari “Date With Love”), Jordin Sparks (dari “Sparkle”), LaDainian “LT” Tomlinson (seorang anggota NFL Football Hall of Fame), Makenzie Moss (dari “Steve Jobs”), Kim Delaney (dari “Army Wives”), dan Robin Givens (dari “Riverdale”).

"UNBROKEN: PATH TO REDEMPTION"



Filem ini menyambungkan kisah dari filem "Unbroken" yang terdahulu. Filem ini berdasarkan buku yang ditulis oleh Laura Hillenbrand, dan mengikuti kehidupan pemenang emas Olimpik Louis "Louie" Zamperini, yang telah bertempur dalam Perang Dunia II, dan akhirnya telah ditangkap dan menjadi tawanan perang Jepun.

"Unbroken: Path to Redemption" menceritakan kisah kembalinya Zamperini ke kampung halaman dan pergelutan-pergelutan yang dihadapinya selepas dilepaskan sebagai tawanan perang. Filem itu memaparkan pergelutan besar yang dihadapi oleh ramai anggota bersenjata apabila mengalami kebebasan di tanah sendiri berikutan bahaya sewaktu perang.

Dalam filem ini, Zamperini berhadapan dengan pergelutan mengenai imannya apabila dia menghadiri satu acara kebangunan rohani yang mengubah kehidupan.

"PALAU: THE MOVIE"



Filem autobiografi ini mengikuti kehidupan penginjil terkenal Luis Palau, yang kehilangan ayahnya pada usia yang muda. Selepas bertahunh-tahun menyara keluarganya, Palau mendengar satu khutbah Billy Graham di radio dan mengambil keputusan menyerahkan hidupnya kepada Kristus.

Filem itu juga memaparkan pelbagai ujian yang dihadapi Palau sebagai seorang penginjil jalanan, dan apa yang dia lakukan untuk mengatasinya.

Filem itu akan dilancarkan pada Oktober.

"INDIVISIBLE" 



Filem berasaskan iman ini menceritakan kisah benar pendeta Tentera, Darren Turner, dan menggambarkan tekanan kehidupan sebagai tentera ke atas kehidupan keluarga. "Indivisible" menunjukkan kepentingan berpegang kuat kepada iman, dan perkahwinan, walaupun ujian yang dihadapi kelihatan mustahil untuk ditanggung.

Barisan pelakon “Indivisible” termasuklah bintang-bintang “Grey’s Anatomy”, Sarah Drew (isteri Pendeta Turner, Heather Turner), Justin Bruening (Darren Turner) dan Jason George (seorang askar Amerika). Sarah Drew bukan sahaja membintangi filem ini, tetapi juga adalah salah seorang penerbit eksekutifnya.

Filem ini akan melanda pawagam pada 26 Oktober.

"STAINES"

"Staines" adalah sebuah filem berdasarkan kisah benar Graham Staines, seorang misionari yang telah dibunuh kerana imannya pada Yesus Kristus. Filem itu memaparkan kehidupan misionari Australia itu dan dua anak mudanya, yang telah dibunuh di India selepas melayani satu komuniti kusta pada 1999. 

Stephen Baldwin (“God’s Plan”) dan Shari Rigby (“October Baby”) membintangi filem ini. Dalam satu temubual dengan The Christian Post lebih awal tahun ini, Baldwin berkongsi bahawa dia digerakkan oleh Tuhan untuk melakukan filem ini. 

"Saya tahu Tuhan telah memanggil saya ke filem 'Staines'," katanya, sambil menyifatkan filem itu sebagai jawapan doa "yang dikuasai oleh Roh Kudus." 

Tiada tarikh rasmi diumumkan, tetapi filem itu akan mula ditayangkan pada musim luruh ini.

(Diterjemahkan daripada artikel CBN News bertajuk, "5 Must-See Christian Movies Coming Out This Fall" yang ditulis oleh Lindsay Elizabeth bertarikh 25 Ogos 2018)