Beberapa hari yang lalu, aku terbaca surat ini di Facebook, ditulis oleh Rosene Salmo, seorang wanita Kristian yang berasal dari Iraq. Berikut ialah terjemahan surat tersebut, sila kongsikan dengan kawan-kawan anda.
Kepada: Semua Kristian di sekeliling dunia, sila kongsikan ini.
Nama saya ialah Rosene. Saya seorang pendatang dari Iraq beragama Kristian yang pada masa ini tinggal di Amerika Syarikat. Saya menulis sebagai respons kepada peristiwa yang sedang terjadi di Iraq dan penganiayaan yang dihadapi secara berterusan oleh orang-orang Kristian Iraq. Saya ingin mendedahkan apa yang sedang terjadi dan kongsikannya dengan dunia oleh kerana media menyekat banyak peristiwa yang sedang terjadi.
Keluarga saya, kawan-kawan dan saudara-saudara saya dalam Kristus sedang menderita oleh kerana apa yang sedang terjadi di kota Mosul (Niniwe). The Islamic State of Iraq and the Levant (ISIS) telah mengisytiharkan pada minggu pertama Julai memberikan orang-orang Kristian tiga pilihan (masuk Islam, Bayar Cukai yang tinggi atau mati) yang disertai dengan ancaman ngeri bahawa, jika mereka tidak mematuhi sebelum tengahari 19 Julai, "maka tidak ada apa-apa untuk diberikan mereka melainkan pedang."
Orang-orang Kristian meninggalkan Mosul dengan tergesa-gesa untuk menyelamatkan nyawa mereka, menuju wilayah jiran Kurdistan. Ribuan keluarga Kristian kehilangan kediaman, wang dan milik mereka. Rumah-rumah mereka telah ditanda dengan huruf N yang bererti Nasrani (Kristian) untuk menunjukkan bahawa orang-orang Kristian pernah tinggal di sana. Banyak gereja-gereja di kawasan itu, termasuk gereja-gereja yang bersejarah, telah dibakar sampai habis; Isis telah mencuri segalanya dan telah menurunkan semua salib dan gambar-gambar.
Saya berasa hancur hati, tidak berharapan, dan terbatas dalam apa yang saya dapat lakukan untuk orang-orang Kristian Iraq, terutama mereka yang telah meninggalkan Mosul. Saya tidak akan meminta lebih daripada yang Yesus akan minta: berdoalah untuk mereka. Sebarkan berita mengenai kejahatan yang sedang dilakukan ke atas mereka. Sila kongsikan ini dengan masyarakat dan jemaat Kristian. Kuasa doa telah menyelamatkan orang-orang Kristian di Timur Tengah untuk bertahun-tahun. Ini adalah tanggungjawab kita untuk memberitahu dunia akan penderitaan saudara-saudara Kristian kita.
"Ya Bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat." (Lukas 23:34)
Terima kasih kerana mengizinkan saya berkongsi ini dengan anda,
Rosene Salmo