Khamis, 28 April 2016

Gereja-Gereja Sarawak Mahu Jaminan Berperlembagaan Untuk Kebebasan Beragama Ditegakkan


Oleh kerana dua pertiga daripada rakyat Sarawak adalah bukan Muslim, kerajaan negeri haruslah menubuhkan satu kementrian atau jabatan khas untuk memastikan hal-ehwal dan kepentingan mereka terpelihara, kata Biskop Bolly Lapok, Pengerusi Persatuan Gereja-Gereja Di Sarawak.

"Jaminan kebebasan beragama adalah hak berperlembagaan asas yang memerlukan komitmen kuat dan ikhlas dari pihak berkuasa untuk ditegakkan.

"Ianya tidak dapat dicapai dengan tindakan kebajikan sekali-sekala yang ad-hoc," dia berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Dia berkata ini berkaitan dengan satu insiden melibatkan seorang lelaki Bidayuh yang terpaksa menunggu 30 tahun untuk secara rasmimya masuk Kristian. Lelaki itu sebelumnya adalah Muslim ketika dia masih di bawah umur apabila ibu bapanya masuk Islam. 

"Ini adalah salah satu daripada banyak contoh-contoh kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk menegakkan jaminan kebebasan beragama di bawah Report of the Inter-Governmental Commitee 1962 (Laporan IGC) dan Perjanjian Malaysia 1963. 

"Ianya mengecewakan untuk mengetahui bahawa Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia telah baru-baru ini menfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi."

Bolly menyatakan bahawa jaminan kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Laporan IGC dan Perjanjian Malaysia telah tidak tertunai sebahagian besarnya, oleh kerana orang-orang Kristian dari Malaysia Timur telah dilarang daripada menggunakan istilah "Allah". 

Bolly juga mengakui langkah Ketua Menteri Adenan Satem untuk berunding dengan Kerajaan untuk autonomi negeri itu, menyatakannya sebagai sesuatu yang menyenangkan hati. 

Bagaimanapun, dia mengingatkan bahawa ianya adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menjamin hak berperlembagaan kebebasan beragama rakyat Sarawak. 

"Hanya dengan itu autonomi benar-benar dapat disampaikan ke bawah dan dirasakan oleh rakyat jelata. 

"Sambil langkah kerajaan negeri ke arah autonomi dan penurunan kuasa semakin melaju, kita tidak boleh terlepas pandangan pada hak-hak berperlembagaan untuk kebebasan beragama. 

"Ianya tidak akan bererti bagi rakyat Sarawak untuk memiliki autonomi dalam beberapa hal berkepentingan jika jaminan berperlembagaan untuk kebebasan beragama ditinggalkan."

(Diterjemahkan daripada artikel Malay Mail Online bertajuk "Sarawak Churches Want Ministry For Non-Muslims" penulisan Tarrance Tan bertarikh 26 April 2016)