Sabtu, 30 April 2016

"Bahtera Nuh" Belanda Akan Belayar Ke Rio Sempena Olimpik

Sebuah pertubuhan Kristian Belanda, Ark of Noah bercadang untuk membawa sebuah replika
 saiz sebenar bahtera Nuh belayar ke Brazil sempena Kejohanan Olimpik dan Paralimpik

RIO DE JANEIRO -- Sebuah pertubuhan Kristian Belanda sedang merencana untuk membawa sebuah replika Bahtera Nuh untuk belayar ke Brazil semasa Kejohanan Olimpik dan Paralimpik di Rio de Janeiro.

Dengan kepanjangan melebihi sebuah padang bola sepak yang rasmi, kapal itu dibina mengikut ukuran alkitabiah dalam Kejadian 6:15, pengarah Ark of Noah Foundation, Herald A.M.A. Janssen, memberitahu ABC News.

Pelayaran itu, yang masih dalam peringkat perancangan, merencana untuk berlabuh di pelabagai pelabuhan di Brazil dan juga Argentina, Uruguay dan Colombia, sebelum belayar ke Amerika Syarikat. 

Olimpik akan bermula pada bulan Ogos dan Paralimpik akan bermula pada bulan berikutnya. 

Bahtera itu yang mempunyai lima tingkat dan boleh memuatkan 5,000 orang adalah seberat lebih kurang 2,500 tan, dan selebar 95 kaki, sepanjang 410 kaki dan setinggi 75 kaki. Tukang kayu John Huibers berkata dia mula membinanya setelah bermimpi tentang suatu hujan ribut yang kuat yang telah membanjiri kotanya di Belanda. 

"Beginilah engkau harus membuat bahtera itu: tiga ratus hasta panjangnya, lima puluh hasta lebarnya dan tiga puluh hasta tingginya," begitu kata petikan Alkitab. 

Dengan mengkaji pelbagai cara pengukuran dalam sejarah yang digunakan pelbagai budaya kuno. Huibers telah mencipta satu skala ukuran untuk digunakan semasa membina bahteranya. Sejak disiapkan pada 2012, beratus ribu orang telah mengunjungi bahtera itu, yang telah menjadi satu pameran interaktif pelbagai tingkat yang mengfokus pada penyebaran ajaran keagamaan dari Alkitab untuk tujuan pendidian Kristian. 





Para pelancong yang melawat bahtera itu akan menemukan pameran-pameran dan kisah-kisah berdasarkan Alkitab, perkara-perkara menarik, panggung wayang dan lain-lain lagi.   

"Kami sangat gembira dengan sokongan hangat dari masyarakat persendirian di Fortaleza, perhentian pertama kami di Brazil selepas menyeberang Lautan Atlantik," Janssen berkata. "Matlamatnya ialah untuk sampai di Fortaleza pada bulan Julai, dan sampai ke Kejohanan Paralimpik 2016 pada atau sebelum 7 September."

(Diterjemah daripada artikel The Times of Israel bertajuk, "Dutch Noah's Ark Replica Sailing To Rio For Olympics" penulisan JTA bertarikh 28 April 2016)