Khamis, 21 Mei 2020

Perkahwinan Bukan Islam Di Rumah-Rumah Ibadat Hanya Dibenarkan Selepas 31 Julai


KUALA LUMPUR, 21 Mei - Semua upacara perkahwinan bukan Islam yang diadakan di rumah-rumah ibadat telah ditangguhkan ke 31 Julai, Kementrian Perpaduan Nasional berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Ini dinyatakan selepas Majlis Keselamatan Negara meluluskan pembukaan kembali rumah-rumah ibadat bukan Islam yang beroperasi d zon-zon hijau yang dibentangkan oleh Menteri Perpaduan Nasional, Datuk Halimah Mohamad Sadique semasa Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri yang diadakan hari ini.

Kementrian itu juga berkata persiapan untuk pengkebumian di rumah kediaman tidak boleh melebihi 20 orang termasuk saudara-mara terdekat bergantung pada saiz rumah manakala kebaktian penghiburan adalah dilarang. 

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Malay Mail bertajuk, "Unity Ministry: Non-Muslim Weddings In Houses of Worship Only Allowed After July 31" yang ditulis oleh Kenneth Tee bertarikh 21 Mei 2020)