Jumaat, 22 Mei 2020

Gereja Katolik Menunggu Berita Mengenai Kelulusan Kerajaan


PETALING JAYA: Gereja Katolik berkata ianya masih menunggu untuk mengesahkan gereja-gereja mana yang dibenarkan dibuka kembali bulan depan selaras dengan pengumuman terbaru Putrajaya mengenai rumah-rumah ibadah bukan Islam di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Dalam satu kenyataan, Diosis Besar Kuala Lumpur berkata satu senarai gereja-gereja dari beberapa diosis di bawah Bishops Conference of Malaysia telah disampaikan kepada Kementrian Perpaduan Nasional. 

"Kami belum ada berita gereja-gereja mana yang telah dipilih, kami juga tidak mengetahui kriteria untuk pemilihan selain syarat bahawa gereja harus berada di zon hijau." 

Semalam, kerajaan mengatakan bahawa rumah-rumah ibadat bukan Islam akan dibenarkan dibuka semula mulai 10 Jun, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. 

Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob ini termasuk had umur yang melarang mereka yang berumur di atas 70 tahun dan di bawah 12 tahun daripada memasuki premis.

Dia juga telah menyebut mengenai had bilangan orang sehingga 30 orang pada satu-satu waktu, dan jumlah yang lebih kecil untuk tokong, kuil atau gereja yang lebih kecil. 

Gereja Katolik menggesa anggota-anggotanya untuk bersabar, sambil berkata pelbagai pertimbangan harus diberi perhatian sebelum gereja-gereja dibuka kembali.

Ini termasuklah kepatuhan kepada kawalan-kawalan yang telah diletakkan oleh kerajaan, perkembangan yang tidak stabil berkenaan penularan wabak Covid-19, nasihat pakar perunding perubatan dan kesihatan awam, keupayaan gereja setempat untuk melaksanakan syarat-syarat SOP, dan juga protokol kesihatan awam yang lain. 

"Kami akan terus memberi sokongan rohani kepada komuniti kami melalui pelbagai usaha, terutamanya penstriman secara langsung kepada umat," ianya mengatakan. 

(Diterjemah daripada artikel "Catholic Church Awaits News On Government Approval" bertarikh 22 Mei 2020)