Sabtu, 23 Mei 2020

Tiga Gereja Katolik Di Semenanjung Malaysia Diberi Kebenaran Untuk Dibuka Kembali Dengan SOP


KUALA LUMPUR, 23 Mei - Tiga gereja Katolik di Semenanjung Malaysia telah diberi lampu hijau oleh pihak berkuasa untuk dibuka kembali.

Pegawai perhubungan komunikasi dan media Diosis Besar Metropolitan Kuala Lumpur, Patricia Pereira berkata gereja-gereja itu adalah Gereja St John Vianney di Tampin, Negeri Sembilan; Gereja Our Lady of Mount Carmel di Cameron Highlands, Pahang dan Gereja Misi Katolik di Kuala Terengganu. 

Kelulusan itu tertakluk kepada prosedur operasi standard SOP) yang dikeluarkan oleh Kementrian Perpaduan Nasional dan syarat-syarat lain, seperti yang termaktub dalam surat dari kementrian itu bertarikh 22 Mei," dia berkata dalam satu kenyataan. 

Dia menambah bahawa ini akan berkuatkuasa dari 10 June 2020. Diosis Besar juga akan menyerahkan semula senarai baru kepada pihak berkuasa kerana senarai yang pertama telah ditolak - kecuali tiga yang telah diluluskan - oleh kerana zon dan data yang tidak mencukupi. 

Pereira mengucapkan terima kasih kepada Menteri Perpaduan Nasional, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan pasukannya kerana mempercepatkan kelulusan itu. Dia berkata bahawa Setiausaha agung, Datuk Wan Suraya Wan Md Radzi sentiasa dapat dihubungi dan menjawab soalan ketika diperlukan. 

Buat masa ini, Bishop Besar Kuala Lumpur, Julian Leow "akan melanjutkan pengecualian untuk menghadiri Misa pada hari Ahad kepada semua orang-orang percaya."

Umat Katolik digalakkan terus menonton penstriman secara langsung Misa yang disediakan oleh Diosis Besar dan diosis-diosis lain.

(Diterjemahkan daripada artikel Malay Mai bertajuk, "Three Roman Catholic Churches In Peninsular Malaysia Allowed To Reopen, With SOPS" yang ditulis oleh Jerry Choong bertarikh 23 Mei2020)