Sabtu, 17 Mac 2018

Apakah Erti RIP? Adakah Ianya Mempunyai Makna Kristian?


"Rest in Peace" (dalam Latin: Requiescat in pace) adalah ucapan kenangan atau simpulan kata pendek untuk mengucapkan rehat dan damai kekal kepada seseorang yang telah meninggal dunia. Ucapan itu biasanya muncul di batu-batu nesan, seringkali diringkaskan menjadi "RIP" atau "R.I.P."

Frasa kata dormit in pace (bererti "dia tidur dalam damai") telah ditemukan dalam kuburan bawah tanah orang-orang Kristian Awal dan menunjukkan bahawa "mereka telah mati dalam damai Gereja, iaitu, telah disatukan dengan Kristus." 

Akronim R.I.P., yang bermaksud "rehat dalam damai", masih terus diukirkan pada batu-batu nesan orang-orang Kristian daripada beberapa denominasi, terutama Gereja Katolik, Gereja Lutheran dan Gereja Anglikan.

Asal usulnya dapat ditemukan dalam bahasa Ibrani dalam Perjanjian Lama Alkitab dalam Yesaya 57:2, "Dan ia masuk ke tempat damai; orang-orang yang hidup dengan lurus hati mendapat perhentian di atas tempat tidurnya."

Ianya menjadi kebiasaan di batu-batu nesan orang-orang Kristian pada abad ke-18, dan untuk anggota-anggota Anglikan High Church, dan juga Roman Katolik terutamanya, ianya adalah suatu permohonan doa agar jiwa mereka mendapat rehat selepas kematian. 


Walaupun sering dikaitkan dengan Kristian, frasa kata itu juga digunakan dalam Judaisme. Catitan Latin kuno ini (foto di atas) dari 688/689 Tahun Masihi bermula dengan versi Latin frasa kata itu. Terdapat menorah (kaki dian) di bahagian penjuru atas kiri, dan tarikh kalendar Ibrani di penjuru bawah kanan. 

(Sumber: Artikel Quora bertajuk, "What Is the Meaning of RIP? Does It Have A Christian Connotation? yang ditulis oleh Stephen Reji bertarikh 21 April 2015,  dan artikel Wikipedia bertajuk, "Rest In Peace" bertarikh 17 Mac 2018)