Khamis, 3 Mei 2018

Dapatkah Iblis Membaca Akal Kita?


Dapatkah Iblis membaca akal anda? Dapatkah Iblis tahu apa yang anda fikirkan? Mari kita selidiki apa yang Alkitab katakan mengenai kebolehan Iblis mengetahui pemikiran anda:

Dapatkah Iblis Membaca Akal Kita? Jawapan Pendeknya

Jawapan pendeknya adalah tidak; Iblis tidak dapat membaca fikiran kita. Manakala kita belajar dalam Alkitab bahawa Iblis berkuasa dan berpengaruh, dia bukanlah maha tahu. Hanya Tuhan yang mempunyai kebolehan untuk mengetahui segala sesuatu.

Tambah lagi, tiada contoh dalam Alkitab mengenai Iblis membaca akal seseorang. 

Jawapan Panjangnya

Iblis dan roh-roh jahatnya adalah malaikat yang telah jatuh (Wahyu 12:7-10). Dalam Efesus 2:2, Iblis digelar "penguasa di udara." 

Oleh itu, Iblis dan roh-roh jahatnya memiliki kuasa -- kuasa yang sama yang telah diberikan kepada malaikat. Dalam Kejadian 19, para malaikat telah membutakan mata manusia. Dalam Daniel 6:22, kita baca, "Allah yang hamba sembah telah mengutus malaikat-Nya untuk mengatupkan mulut singa-singa ini sehingga tidak dapat menghancurkan hamba." Dan malaikat dapat terbang (Daniel 9:21, Wahyu 14:6)

Tapi tiada pernah malaikat atau roh jahat dikisahkan dalam Kitab Suci sebagai mempunyai kebolehan membaca akal. Sebenarnya, dalam pertemuan Allah dengan Iblis dalam fasal-fasal permulaan kitab Ayub, dengan kuat menunjukkan bahawa Iblis tidak dapat membaca akal dan fikiran manusia. Jika Iblis dapat membaca akal dan hati Ayub, dia pasti akan tahu bahawa Ayub tidak akan pernah mengutuk Allah. 

Namun begitu, ingat bahawa, manakala Iblis tidak dapat membaca akal kita, dia juga memiliki kelebihan. Dia telah memerhatikan manusia dan sifat manusia selama beribu-ribu tahun.

Fakta itu juga dibuktikan dalam kitab Ayub:

Pada suatu hari datanglah anak-anak Allah menghadap Tuhan, dan Iblis turut sama dalam kalangan itu. Berfirmanlah Tuhan kepada Iblis, "Dari mana engkau datang?"

Jawab Iblis kepada Tuhan, "Dari berjalan ke sana ke mari di bumi dan menjelajahinya." (Ayub 1:6,7, AVB)

Anda boleh katakan bahawa Iblis dan roh-roh jahatnya adalah pakar dalam perilaku manusia. 

Iblis tentunya mempunyai gambaran yang agak jelas bagaimana kita bertindak terhadap godaan, apa lagi, kerana dia telah menggoda manusia sejak Taman Eden. Dengan pemerhatian yang berterusan dan pengalaman panjang, Iblis dan roh-roh jahatnya biasanya dapat meneka dengan ketepatan yang tinggi apakah yang kita fikirkan. 

Kenalilah Musuh Anda

Oleh itu, sebagai orang-orang beriman, adalah penting untuk kita mengenali musuh kita dan menjadi pintar terhadap rancangan jahat Iblis: 

"Kawallah dirimu dan berwaspadalah, kerana musuhmu Iblis merayau seperti singa yang mengaum mencari mangsa." (1 Pet 5:8, AVB)

Ketahuilah bahawa Iblis adalah pakar dalam tipu daya:

"Bapamu Iblis dan kamu anak-anaknya. Kamu lebih cenderung menurut kehendak bapamu. Dari mulanya lagi, Iblis pembunuh. Dia tidak menyokong kebenaran, kerana dalam dirinya tidak ada kebenaran. Apabila dia berdusta, dia bercakap dari sifat tabiinya sendiri, kerana dia pendusta dan bapa segala dusta." (Yohanes 8:44, AVB)

Dan ketahui juga bahawa, dengan pertolongan Tuhan dan kuasa Roh Kudus, anda boleh menangkis tipu daya Iblis:

"Oleh yang demikian, taatlah kepada Allah. Lawanlah Iblis, maka Iblis akan lari daripadamu." (Yakobus 4:7, AVB)

(Diterjemahkan daripada artikel ThoughtCo bertajuk, "Can Satan Read Our Minds?" yang ditulis oleh Mary Fairchild bertarikh 6 Mac 2017)