Rabu, 21 November 2018

Menyembah Tuhan Dalam Pelbagai Bentuk Muzik


Menyembah Tuhan dengan perkataan dan muzik adalah amalan yang setua zaman. Malaikat juga manusia mengangkat suara dan alat-alat untuk menghormati dan memuliakan Pencipta segalanya.

Samada Katolik atau Protestan, dalam kesunyian atau dengan suara kuat, dalam kelompok kecil atau besar, dalam kebebasan atau secara rahsia, orang-orang Kristian di sekeliling dunia berkumpul untuk menyembah. Cara ekspresi penyembahan mungkin berbeza-beza dari sidang ke sidang, tetapi penghormatan diberikan kepada Allah yang sama, Tuhan dan Kristus yang sama. 

Telah lama dibahaskan apakah bentuk pujian bermuzik yang terbaik, yang paling berkesan, dan yang lebih berkenan kepada Tuhan. Ayat-ayat Suci menyokong pelbagai bentuk penyembahan bermuzik.

Mazmur, Kidung Pujian, Nyanyian Rohani: "Dan berkata-katalah seorang kepada yang lain dalam mazmur, kidung puji-pujian dan nyanyian rohani. Bernyanyi dan bersoraklah bagi Tuhan dengan segenap hati." (Efesus 5:19)

Muzik Yang Dilatih: "Dan inilah para penyanyi, kepala-kepala puak orang Lewi, yang diam di bilik-bilik dan bebas dari pekerjaan lain, sebab siang dan malam mereka sibuk dengan pekerjaannya." (1 Taw 9:33)

Muzik Spontan: "Break forth and sing for joy and sing praises." (Psalm 98:4 NASB) / "Bersorak-soraklah bagi TUHAN, hai seluruh bumi, bergembiralah, bersorak-sorailah dan bermazmurlah! "(Maz 98:4)

Lagu-Lagu Baru: "Haleluya! Nyanyikanlah bagi TUHAN nyanyian baru! Pujilah Dia dalam jemaah orang-orang saleh." (Maz 149:1)

Menyanyi dengan Akal Budi dan Menyanyi dengan Roh: "Aku akan menyanyi dan memuji dengan rohku, tetapi aku akan menyanyi dan memuji juga dengan akal budiku."

Nyanyian Solo: "Sebab itu aku mahu menyanyikan syukur bagi-Mu, ya TUHAN." II Sam 22:50) 

Nyanyian Koir: "Kemudian kedua paduan suara itu berdiri di rumah Allah." (Neh 4:20)

Nyanyian Dengan Alat-Alat Muzik: "Daud memerintahkan para kepala orang Lewi itu, supaya mereka menyuruh berdiri saudara-saudara sepuak mereka, yakni para penyanyi, dengan membawa alat-alat musik seperti gambus, kecapi dan ceracap, untuk memperdengarkan dengan nyaring lagu-lagu gembira." (1 Taw 15:16)

Yohanes 4:24 mengajar manusia untuk menyembah Tuhan dalam roh dan kebenaran. Dalam Perjanjian Lama dan Baru terdapat pelbagai rujukan mengenai cara-cara yang berkenan untuk memuliakan Tuhan. Dalam kitab Mazmur terutamanya terdapat panduan paling lengkap untuk memuliakan-Nya melalui muzik. 

(Diterjemahkan daripada artikel Share Faith bertajuk, "Worshipping God Through Various Forms of Music" yang ditulis oleh Connie Ruth Christiansen)