Rabu, 24 Oktober 2018

Jom Kita Tulis! - "Ahad Lepas Saya Beribadah Di Gereja..."


"Ceritakan pengalaman anda mengikuti acara ibadah di gereja anda atau di gereja yang anda kunjungi..."

Shalom! Blog domba2domba sedang menganjurkan acara Jom Kita Tulis! untuk kawan-kawan dan pembaca-pembaca blog ini untuk menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka mengikuti kebaktian ibadah di gereja.

Tujuan acara ini adalah:

a) untuk menggalakkan penulisan di kalangan umat Kristian di Malaysia.

b) untuk menceritakan pekerjaan Tuhan di pelbagai tempat di Malaysia.

Karangan-karangan yang terbaik akan diterbitkan di blog domba2domba.

Jom Kita Tulis!

1. Terbuka kepada semua umat Kristian di Malaysia (termasuk pastor, paderi, pemimpin dan anggota gereja).

2. Tajuk karangan: "Ahad Lepas, Saya Beribadah Di Gereja _________"

3. Ceritakan pengalaman anda mengikuti acara ibadah di gereja anda atau di gereja yang anda kunjungi.

4. Taipkan karangan anda dalam dokumen Microsoft Word.

5. Panjang karangan yang disyorkan adalah lebih kurang 200 - 400 perkataan. 

6. Sila sertakan foto gereja atau suasana ibadah (di mana sesuai) bersama dengan karangan anda. 

7. Kirimkan karangan dan foto-foto yang anda ambil ke peti mesej Facebook Si Domba Putih.

8. Anda boleh menghantar seberapa banyak karangan yang anda ingin, tetapi pastikan setiap penyertaan disertai dengan nama anda, nama gereja anda dan alamat emel anda.

9. Tiada had umur dan tiada tarikh tutup.

Anda boleh merujuk tiga karangan pendek berikut:




Tiga karangan yang amat berbeza untuk mencetuskan idea kreatif anda!

Selamat Menulis!