Eugene Peterson telah menuliskan The Message, versinya untuk Alkitab dalam bahasa kontemporari, selama 12 tahun.
Pada tahun 2002, dia merayakan kemunculan The Message sebagai teks penuh. Karya Peterson telah mendapat pujian daripada pelbagai pihak pembaca - dari pemikir Protestan, Richard J. Foster ke jurulatih American football, Bill McCartney, dan dari ahli teologia, J.I. Packer ke bintang rock, Bono.
"The Message: The Bible In Contemporary Language" oleh Eugene Peterson |
The Message telah mula terhasil ketika Peterson sedang memimpin satu pengkajian Alkitab di gereja yang diasaskannya, Christ Our King Presbyterian di Bel Air, Maryland, dan dia telah berusaha untuk membuat Galatia lebih mudah difahami oleh kelasnya.
Selepas John Stine, seorang editor di NavPress, membaca penulisan Peterson untuk Galatia, dia mencadangkan agar Peterson mula menulis versi yang seperti itu untuk buku-buku lain Perjanjian Baru.
Eugene Peterson: "Saya benar-benar tidak fikir bahawa saya dapat melakukannya." |
"Saya seorang peserta yang tidak rela dalam hal ini. Saya benar-benar tidak fikir bahawa saya dapat melakukannya atau bahawa ianya dapat dilakukan. Tetapi saya telah bersetuju dengan editor saya, John, bahawa saya akan melakukannya," kata Peterson.
Selepas menulis surat-surat Paulus, Peterson mendapati sukar untuk menuliskan kitab-kitab Injil. Tetapi pada suatu hari dia mendapat inspirasi. "Pada waktu itu saya mula menuliskan Khutbah di Atas Bukit. Saya masih ingat lagi saya berada di bilik bacaan saya di ruangan bawah tanah, dan saya telah menyiapkan Ucapan-ucapan Berbahagia Yesus dalam lebih kurang 10 minit. Dan secara tiba-tiba saya mula menyedari bahawa ianya mungkin dapat dilakukan," kata Peterson.
The Message telah diterbitkan bahagian demi bahagian dalam tempoh sembilan tahun. Perjanjian Baru telah diterbitkan pada 1993. Buku-buku Hikmat telah diterbitkan pada 1998. Kitab-kitab Nabi telah diterbitkan pada 2000. Kitab Taurat telah dilancarkan pada 2001. Kitab-kitab Sejarah telah diterbitkan pada 2002. Alkitab yang sepenuhnya telah dilancarkan pada tahun yang sama dan mengikuti kanon Alkitab tradisi Protestan.
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Christianity Today bertajuk, "I Didn't Want To Be Cute" yang ditulis oleh Doug LeBlanc bertarikh 7 Oktober 2002)