Julita Manik, penyanyi dan penulis lagu Indonesia |
Oleh Julita Manik:
Hai... Saya seorang penulis lagu Kristian (dan juga seorang penyanyi), tetapi sebenarnya saya lebih suka dikenali sebagai seorang penyembah. Menamatkan pengajian dari Institut Pangajian Bandung, dengan major dalam Kejuruteraan Industri.
Dari lama dahulu saya telah berimpian untuk menjadi seorang wanita kerjaya yang berjaya, tetapi Allah telah mengubahkannya dengan rancangan-Nya. Kini Dia telah menjadikan saya dikenali bukan sebagai seorang wanita kerjaya, tetapi sebagai seorang yang berkarya untuk orang lain dengan menulis lagu dan artikel agar mereka dapat mengenal kasih Allah.
Saya telah jatuh cinta dengan Yesus untuk kali pertamanya ketika saya mengikuti Kebaktian Pujian dan Penyembahan di kampus saya. Makan tengahari yang percuma telah menarik saya untuk datang. Bukan kerana saya lapar akan hadirat Allah. Walaupun dengan motivasi yang salah itu, Yesus tetap mengasihi saya.
Yesus menyentuh hati saya. Dan saya mulai menangis dan menangis, merasakan hadirat Allah untuk pertama kali dalam hidup saya.
Dan itu adalah detik perubahan. Mulai saat itu, saya menginginkan-Nya lebih dan lebih lagi. Saya mengikuti banyak Kebaktian Kebangunan Rohani, hanya ingin mengenali-Nya dengan lebih dan lebih lagi.
Allah meneruskan pekerjaan-Nya dan memberi saya melodi dan lirik sewaktu saya berdoa dalam bilik saya. Saya fikir ianya seperti menyanyikan lagu baru dalam hadirat-Nya.
Saya tidak menyedari bahawa Dia telah memberi saya panggilan yang khas untuk sebagai penulis lagu bagi-Nya, sehinggalah pada suatu hari, salah sebuah lagu saya "Indonesia Bagi Kemuliaan-Mu" telah direkod oleh Celebration of Praise pada tahun 1990.
Saya telah mendengar banyak kesaksian bahawa Allah telah menggunakan lagu ini untuk memanggil hamba-Nya untuk misi-Nya. Ramai orang telah datang ke mimbar, dan menyerahkan hidup mereka kepada Yesus.
Bertahun kemudian, sewaktu saya melayani di Komuniti Pelajar Kristian di Beijing, pastor di situ memberitahu saya bahawa dia telah menyerahkan hidupnya untuk melayani Yesus secara sepenuh masa selepas mendengar lagu itu. Dan bukan satu kesaksian itu sahaja orang-orang yang telah menyerahkan hidup demi panggillan Allah dalam hidup mereka selepas mendengar lagu itu.
(Julita Manik telah menulis banyak lagu-lagu rohani sejak 1988, di mana sebahagiannya telah dirakamkan dalam album. Selain "Indonesia Bagi Kemuliaan-Mu," satu lagi lagu ciptaan Julita yang sangat terkenal ialah "Bapa Yang Kekal" yang telah dirakamkan dalam 40 album!)
(Dipetik dan diterjemah oleh SDP daripada blog Julita Manik bertajuk "About Me" bertarikh 21 Ogos 2007)
Dari lama dahulu saya telah berimpian untuk menjadi seorang wanita kerjaya yang berjaya, tetapi Allah telah mengubahkannya dengan rancangan-Nya. Kini Dia telah menjadikan saya dikenali bukan sebagai seorang wanita kerjaya, tetapi sebagai seorang yang berkarya untuk orang lain dengan menulis lagu dan artikel agar mereka dapat mengenal kasih Allah.
Saya telah jatuh cinta dengan Yesus untuk kali pertamanya ketika saya mengikuti Kebaktian Pujian dan Penyembahan di kampus saya. Makan tengahari yang percuma telah menarik saya untuk datang. Bukan kerana saya lapar akan hadirat Allah. Walaupun dengan motivasi yang salah itu, Yesus tetap mengasihi saya.
Yesus menyentuh hati saya. Dan saya mulai menangis dan menangis, merasakan hadirat Allah untuk pertama kali dalam hidup saya.
Dan itu adalah detik perubahan. Mulai saat itu, saya menginginkan-Nya lebih dan lebih lagi. Saya mengikuti banyak Kebaktian Kebangunan Rohani, hanya ingin mengenali-Nya dengan lebih dan lebih lagi.
Allah meneruskan pekerjaan-Nya dan memberi saya melodi dan lirik sewaktu saya berdoa dalam bilik saya. Saya fikir ianya seperti menyanyikan lagu baru dalam hadirat-Nya.
Julita Manik tidak sangka bahawa Tuhan telah memanggilnya untuk menjadi penulis lagu bagi-Nya |