Selasa, 13 Oktober 2015

Angkasawan Neil Armstrong Menafikan Masuk Islam

Neil Armstrong, manusia pertama untuk menjejak kaki di bulan

Neil Armstrong telah menjadi manusia pertama untuk menjejak kaki di bulan selepas pendaratan kapal angkasa Apollo 11 di bulan pada 1969. Dia telah mengucapkan kata-kata yang terkenal mengenai peristiwa bersejarah itu: "Satu langkah kecil untuk seorang lelaki, satu loncatan besar bagi manusia." 

Pada 1980an, khabar angin yang kuat telah tersebar di Mesir, Malaysia dan Indonesia bahawa Neil Armstrong telah masuk Islam setelah mendengar suara azan di bulan.

Walau bagaimanapun, perkara itu terbukti palsu dan Armstrong sendiri menafikannya semasa kunjungannya ke Malaysia untuk menghadiri Global Leadership Forum di Kuala Lumpur pada September 2005. Berikut terjemahan daripada laporan The Star mengenainya:

KUALA LUMPUR: Pendaratan manusia di bulan bukanlah satu kepalsuan, kata Neil Armstrong, orang pertama ke sana.

Sambil menafikan dakwaan-dakwaan seperti itu, dia berkata bahawa dunia gemarkan teori konspirasi.

Misi ke bulan itu adalah projek yang sangat susah, besar dan mahal, begitu kata komander Apollo 11 yang telah mendarat di bulan pada 20 Julai 1969.


Bertemu Hero: Zaid menyambut Armstrong di KLCC, Kuala Lumpur,
Armstrong berada di sini untuk Global Leadership Forum.

"Perkara yang lebih sukar daripada program Apollo adalah cubaan untuk memalsukannya," dia berkata semasa sesi soal jawab di Global Leadership Forum di sini semalam. 

Ditanya oleh calon angkasawan Zaid Zahari, 32 tahun, apakah yang dianggapnya pencapaian terbesarnya - mendarat di bulan atau kembali dengan selamat ke bumi - Armstrong berkata bahawa ianya "detik yang lebih hebat" ketika dia menjejak kaki di bulan. 

Ini adalah kerana dia percaya bahawa Apollo 11 hanya memiliki 50% peluang untuk pendaratan yang selamat dalam cubaannya yang pertama. 

Bahagian terjunan terakhir sebelum mendarat, katanya, adalah bahagian yang sangat sukar dalam penerbangan itu dan tiada perisian komputer yang pernah menunjukkan bahagian itu. 

Laporan akhbar The Star
bertarikh 7 Sep 2005
"Apabila kami mendarat di permukaannya, kesedaran bahawa itu adalah matlamat sepertiga daripada sejuta orang yang bertugas untuk lebih satu dekad, dan semua orang itu yang sama-sama berkongsi kepuasan mencapai matlamat itu, itu adalah detik yang lebih hebat."

Armstrong berkata dia "sungguh gembira, teruja dan tersangat hairan bahawa mereka telah berjaya."

Armstrong, 75 tahun, juga menafikan bahawa dia telah mendengar suara azan di bulan dan telah masuk Islam. 

Dia berkata dia percaya bahawa untuk pergi ke Marikh adalah "dapat dilakukan secara teknikal" tetapi ianya akan mengambil masa 20 tahun lagi untuk menjadikannya mungkin.

(Diterjemah daripada artikel The Star bertajuk, "Armstrong Recalls Moon Landing" bertarikh 7 September 2005)

                                                   ---------------------------

Berikut ialah petikan artikel Beliefnet mengenai perkara itu:

Sudahkah Neil Armstrong masuk Islam? Itulah khabar angin yang tersebar di Mesir, Malaysia dan Indonesia. 

Tetapi beberapa tahun yang lepas, Armstrong telah mengambil bahagian dalam Global Leadership Forum di Malaysia. Akhbar The Star, Malaysia melaporkan mengenai beberapa soalan yang tidak dijangka daripada para hadirin. 

Adakah benar, dia telah ditanya, sebaik saja dia menjejak kaki di bulan, dia mendengar suara azan Muslim - dengan kata-kata "Allah-hu-akbar?" Adakah benar bahawa itu menyebabkannya mengisytiharkan bahawa "Agama yang benar dalam seluruh dunia hanyalah Islam?"

Dengan caranya yang biasa, angkasawan itu dengan tenang memberitahu para hadirin Malaysia bahawa dia tidak mendengar suara azan. Dia juga tidak masuk Islam. Kemudian Armstrong merujukkan pihak yang menanya soalan itu kepada kenyataan yang telah dikeluarkan bagi pihak Armstrong pada 1983 lagi. Ianya seperti berikut:



Yang berikutan ialah mesej Jabatan Negara itu:



(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Beliefnet bertajuk "Did Armstrong Have A Religious Experience On The Moon?")