Jordan Spieth bergambar dengan piala kemenangan US Open 2015 |
Menurut majalah Esquire, Jordan Spieth adalah "juruselamat" baru golf, tetapi dia kemungkinannya akan menjauhkan diri daripada ulasan wartawan yang berlebih-lebihan itu: Dia tahu bahawa hanya ada seorang Juruselamat.
Bakat luar biasa ini, yang baru saja mencapai tempat No. 1 golf dengan kemenangan di Piala FedEx, adalah seorang Kristian yang pendiam yang menyertai kelompok Kristian Jelajah PGA bersama kawan baik Bubba Watson yang periang.
"Dia ikuti pengkajian Alkitab bersama kami di Jelajah PGA," kata Watson, yang telah pada bulan April memakaikan jaket hijau yang bergaya ke atas Spieth untuk menandakan status elitnya bersama juara-juara Masters yang lain di Augusta.
Bekas juara Bubba Watson mengenakan jaket kemenangan pada Jordan Spieth yang menjuarai Masters 2015 di Augusta pada April lalu. |
Pada 27 September, Spieth telah melakukan pukulan masuk dari mana-mana saja di lapangan green untuk menjuarai Tour Championship yang menghadiahkan $10 juta, menunjukkan mengapa lagenda golf Ben Crenshaw telah memberi dia nama jolokan Wyatt Earp. Pada lubang ke-11, pemain asal Texas itu melakukan pukulan masuk sejauh 45 kaki, satu "tikaman" yang melenyapkan harapan pesaing terdekatnya untuk mendahului kembali.
Lima kemenangannya tahun ini termasuk dua kejohanan major dan perolehan berjumlah $23 juta - boleh tahan untuk seorang yang berusia 22 tahun. Usianya yang muda dan dominasinya sangat menyerupai jaguh yang terakhir dan yang telah jatuh kini, Tiger Woods.
Spieth menunjukkan imej yang sihat, bersih, bersemangat kesukanan dan berkelakuan Kristian.
Jordan Spieth dan adik perempuannya, Ellie, 15 tahun yang mengidap autisme |
Manakala juara-juara lain suka menunjuk-nunjuk foto mereka dengan teman-teman wanita yang cantik, Spieth suka bergambar dengan adik perempuannya yang autistik, Ellie yang berusia 15 tahun.
"Dialah inspirasi saya," Spieth memberitahu akhbar Telegraph dari UK. "Dialah ahli keluarga kami yang paling kelakar. Saya benar-benar suka untuk meluangkan masa bersamanya. Ianya menginsafkan saya untuk melihatnya dan kawan-kawannya dan pergumulan yang mereka hadapi setiap hari, yang kita tidak pernah fikirkan. Merekalah orang-orang paling gembira di dunia."
Manakala juara-juara lain Masters merayakan dengan mewah dan gemilang di salah sebuah hotel 5 bintang di Augusta, Spieth merayakannya di sebuah restoran Chick-fil-A. Dia masih memandu trak Yukon dari sejak mudanya.
Selepas menghadapi gaya hidup Woods yang keterlaluan, PGA kini boleh lega dan menikmati sekumpulan pemain handalan baru yang hidup bersih dan berpegang pada imej tradisi wira Amerika. Bubba Watson berkongsi mengenai Yesus pada setiap kesempatan yang dia dapat dan Zach Johnson secara terbuka menyampaikan Injil. Dengan tambahan Spieth, mereka membentuk satu ikatan Kristian bertiga di puncak sukan itu.
"Jordan adalah seorang yang sangat tulus," kata Koch, pengarah atlet di Jesuit College Preparatory School di Dallas, di mana Spieth menamatkan pengajian pada 2011. "Dia mengatakan mengikut kepercayaannya. Dia percaya dalam membantu orang lain, menjaga keperluan orang lain sebelum menjaga dirinya sendiri."
Jordan Spieth, bintang baru dalam dunia golf |
Michael Earsing, presiden sekolah Jesuit itu, juga memberitahu Cahtolic Herald: "Kita sering mengatakan betapa dia mengasihi adik perempuannya. Dialah yang sangat dikasihinya dan yang menyebabkannya terus mengingat diri."
Spieth agak kurang mengucapkan mengenai imannya. Seorang wartawan sekular mengatakan bahawa untuk tidak mendengar satu sebutan Tuhan dalam satu ucapan Spieth yang sepanjang setengah jam adalah "tindakan belas kasihan." Spieth berkata-kata melalui perbuatannya. Dia pergi pengkajian Alkitab. Dia mengasihi keluarganya. Dia hidup dengan rendah hati. Dia memuji adik perempuannya.
Sejak diceraikan oleh isterinya selepas hubungan-hubungan sulitnya didedahkan, Tiger Woods sudah hilang penguasaannya ke atas sukan itu. Para peminat telah mencari-cari seorang Jack Nicklaus yang baru untuk mengkagumkan mereka. Dengan beberapa angka yang mengkagumkan pada usia yang muda, Spieth kelihatan pada Esquire sebagai orang yang layak dimahkotakan. Mereka menggelarkannya "Juruselamat."
Ada yang memujanya, tetapi Spieth tahu Siapa yang benar-benar layak dipuja - Tuhan dan Juruselamatnya Yesus Kristus.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel God Reports bertajuk, "Golf's Rising Star Jordan Spieth Puts Jesus First" penulisan Michael Ashcraft dan Mark Ellis bertarikh 2 Oktober 2015)