Selasa, 6 Oktober 2015

Bapa Yang Kekal (Kisah Di Sebalik Lagu)


Jemaat di gereja kami suka sekali menyanyikan lagu "Bapa Yang Kekal." Lagu ini yang dituliskan oleh Julita Manik, seorang penyanyi dan penulis lagu dari Indonesia, telah menjadi sangat popular dan telah dirakam dalam lebih 40 album (dan masih ada yang meminta untuk dirakam dalam album). Berikut ini adalah kisah di sebalik lagu "Bapa Yang Kekal" yang diceritakan sendiri oleh Julita Manik menerusi blognya;


"Kau b'ri yang kupinta...
saat kumencari kumendapatkan..
kuketuk pintuMu dan Kau bukakan..
s'bab Kau Bapaku, Bapa Yang Kekal...

Takkan Kau biarkan...
aku melangkah hanya sendirian..
Kau selalu ada bagiku..
s'bab Kau Bapaku, Bapa Yang Kekal"



Oleh Julita Manik:

Ada 2 lagu bertema Bapa yang saya tulis.

Pertama kali saya menulis lagu "S'perti Bapa Sayang Anaknya," dan yang kedua "Bapa Yang Kekal." Bagi saya secara peribadi, lagu yang terakhir ini punya kesan yang sangat dalam, kerana menyedarkan saya, bahawa selamanya saya punya Bapa yang tidak pernah meninggalkan saya, dan selamanya saya menjadi anak Bapa.

Lagu ini bukanlah berdasarkan pengalaman peribadi saya, tetapi kisah kasih yang sangat sederhana dari seorang hamba Tuhan kepada anak laki-lakinya.
Berikut ceritanya ......

Suatu ketika hamba Tuhan ini mengajak isteri dan kedua anaknya pergi ke mall untuk berbelanja barang-barang keperluan mereka. Masing-masing sudah diberikan wang untuk membeli keperluan masing-masing. Sesampainya di mall, mereka berpisah kerana keperluan yang akan dibeli berbeza-beza tempatnya. Isteri hamba Tuhan ini berjalan bersama anak perempuan, sedangkan suaminya berjalan bersama anak laki-laki.

Hamba Tuhan ini bercerita, anak laki-lakinya ingin sekali membeli sepasang sepatu, yang dapat dipakai sewaktu melayani sebagai penyanyi di gereja, tetapi ketika dilihat harganya di luar bajet yang diberikan. Dia tidak berani minta tambahan wang daripada papanya, kerana dia tahu papanya juga punya keperluan penting untuk dibeli.

Melihat harga yang mahal, papa mengajak anaknya untuk mencari sepatu lain di kedai lainnya. Kemudian mereka berpisah supaya lebih leluasa dalam mencari. Beberapa saat kemudian, hamba Tuhan ini mencari anaknya, dan dia menemukan anaknya terpaku di depan cermin kedai yang telah mereka datangi bersama tadi, memandangi sepatu mahal yang sangat diinginkan tapi tidak mampu untuk membelinya.

Sangat menginginkan, tapi tidak sampai hati minta kepada papa.

Saat itu rasa kasih yang mendalam sebagai papa memenuhi hamba Tuhan ini. Dia menghampiri anaknya dan mengajaknya untuk membeli sepatu itu.

"Jangan papa, sepatu ini mahal, papa juga punya keperluan yang harus dibeli", demikian seru sang anak.

Papanya berkata, "Tidak apa-apa nak, papa tunda dulu membeli yang papa perlukan. Kamu layak memperoleh sepatu ini, apalagi kamu akan pakai sepatu ini untuk melayani Tuhan." Sepatu pun dibeli. Sang anak pulang dengan bahagia.

Hamba Tuhan ini berkata dalam khutbahnya, "Kalau saya bapa jasmani yang tidak sempurna dalam mengasihi, dapat memberikan segalanya kepada anak saya, apalagi Bapa di Surga kepada kita anak-anak-Nya. Dia mengasihi dengan kasih yang sempurna dan selama-lamanya, kerana Dia adalah Bapa Yang Kekal."

Kalimat yang diucapkan hamba Tuhan ini sangat mempengaruhi saya. Berhari-hari saya memikirkannya dan merenungkannya, akhirnya saya menuliskan sebuah lagu yang diberi judul "Bapa Yang Kekal".

Di hujung penghasilan lagu ini, di kamar saya menangis sekuat-kuatnya. Bukan tangisan dukacita, tapi sukacita, kerana dikasihi oleh Bapa Di Syurga yang tidak pernah meninggalkan saya. Dia selalu ada di samping saya. Dan Dia mengasihi saya sebagai anak-Nya.





(Dipetik dan dialihbahasakan daripada artikel blog Julita Manik bertajuk "Bapa Yang Kekal (Story Behind The Song)"  bertarikh 5 September 2008)