Baris depan dari kiri ke kanan: Ricky Sutanto, Cilivella Jamious, dan Pastor Kenny Tham |
Oleh Pastor Kenny Tham:
Sebagai Senior Pastor SIBKL Lake City, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuhan atas kejayaan menerbitkan album pertama kami bertajuk "Coming Back," Kami memuji Tuhan untuk album sulung ini kualitinya yang tinggi, penyusunan muzik yang baik, dan adunan suara yang pelbagai.
Kesemua ini dapat dilakukan kerana berkat dan pertolongan daripada Tuhan. Dia telah mengutus kepada kami seorang penyembah yang berbakat dan berpengalaman dari Jakarta Praise Community Church di Indonesia, Ricky Sutanto dari OpenHands Production, yang melakukan proses arranging dan mixing di Jakarta, Indonesia, dan kemudian mastering di Nashville di Amerika Syarikat. Saya mesti katakan bahawa kami sangat mendapat inspirasi daripada bakat dan kebolehan Ricky!
Ricky Sutanto (di tengah) dengan Pastor Kenny dan isteri |
Dengan pengalaman dan bimbingannya, beserta dengan bakat-bakat yang semakin menonjol daripada pemuda-pemudi gereja kami dalam vokal dan muzik, sebuah album berkualiti tinggi dihasilkan - pastinya satu berkat untuk negara kita dan negara-negara lain termauk Indonesia, Brunei dan juga negara-negara lain yang berbahasa Inggeris.
Saya telah memikul beban untuk menerbitkan album ini sejak beberapa tahun yang lalu apabila saya melihat bakat dan cinta akan vokal dan muzik di kalangan ramai anak-anak muda dari Sabah dan Sarawak, termasuk mereka yang bekerja dan belajar di Semenanjung Malaysia.
Sebagai bapa rohani kepada gereja, saya berkongsi kerinduan yang menyala-nyala ini dengan beberapa orang pemimpin saya yang sangat mendokong visi ini. Tetapi oleh kerana sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan, kami terpaksa menangguhkan rancangan ini.
Bagaimanapun, pada tahun 2004, Tuhan telah mengingatkan kami mengenai rancangan ini lagi. Dan saya berterima kasih untuk Cilivella Jamious (atau dikenali sebagai Vella), seorang pengurus dan diaken untuk jabatan Pujian dan Penyembahan, yang kami juga merujuk sebagai jabatan Profetik, kerana berani mengambil cabaran ini dan memikul tanggungjawab untuk menerbitkan album ini.
Album sulung SIB KL Lake City, "Coming Back" |
Dengan pertolongan Tuhan yang Maha Kuasa, kami memuji Dia kerana mengutuskan kepada kami Ricky Sutanto melalui saudara-saudari kami dalam Kristus di Gereja BWCC yang baru-baru ini telah menerbitkan sebuah album bersama dengannya juga.
Kami juga berterima kasih untuk penyokong-penyokong kami yang dengan murah hati telah rela menanggung keseluruhan kos penerbitan album. Puji Tuhan untuk kerelaan hati mereka menabur ke dalam Kerajaan Tuhan!
Dalam menerbitkan album ini, kami menggalakkan pemuda-pemudi kami untuk menuliskan lagu-lagu dari hati mereka kepada Tuhan. Melalui proses ini, bukan saja kami dapat mengesan bakat mereka dalam nyanyian, kami juga mendapati mereka berbakat dalam menulis lagu yang membawa denyut nadi Tuhan dari Firman-Nya dan dari khutbah-khutbah di gereja, walaupun arrangement untuk lagu-lagu itu dibantu oleh Ricky Sutanto.
Dari kiri ke kanan: Tunung Robin, Jhawn Lawai, Cilivella Jamious (pemimpin penyembahan) |
Dari album ini, kami sangat ingin agar suara Tuhan, Mesej-Nya, dan Visi-Nya dapat disampaikan ke seluruh negara melalui album yang dirakamkan ini, bila-bila waktu dan di mana-mana album ini didengarkan. Ini adalah sebab sebenarnya kami ingin menerbitkan album ini.
Sesungguhnya, bakat muda-mudi generasi ini tidak harus dibatasi oleh empat sisi dinding kebaktian gereja pada hari Ahad atau acara-acara lain dalam gereja, tetapi mereka harus menjangkaui melepasi itu untuk menyentuh kehidupan ribuan manusia.
Kami memuji Tuhan untuk kerja kuat dan kesabaran setiap ahli pasukan, terutama rekording yang cemerlang oleh The Ark Studio di TTDI. Walaupun kami hanya memulakan proses rekording pada bulan Mei, Tuhan telah membolehkan kami untuk menyiapkan proses rekording dalam masa sebulan melalui doa yang disertai iman.
Para pemuzik, penyanyi dan pasukan penerbitan album "Coming Back" |
Saya ingin sekali menyebut bagaimana saya menghargai suara mereka satu persatu di sini. Tetapi melalui mendengar sepuluh lagu dalam album itu, saya fikir memadai untuk menyatakan bahawa para penyanyi dan pemuzik sangat bagus dan unik dalam kesenian mereka. Setiap lagu membawa mesej yang jelas dan peribadi daripada Tuhan.
Senarai lagu album "Coming Back" |
Semoga karya seni kami yang sederhana ini memuliakan Tuhan dan memainkan peranan untuk membawakan Kerajaan-Nya ke dalam hidup anda. Amin.
- Klik di sini untuk mendengar sedutan daripada album "Coming Back".
(Diterjemahkan daripada artikel Christianity Today bertajuk "Launch of 'Coming Back' By SIB KL Lake City - Bahasa Worship Album" penulisan Pastor Kenny Tham bertarikh 13 Ogos 2015)
- Klik di sini untuk mendengar sedutan daripada album "Coming Back".
(Diterjemahkan daripada artikel Christianity Today bertajuk "Launch of 'Coming Back' By SIB KL Lake City - Bahasa Worship Album" penulisan Pastor Kenny Tham bertarikh 13 Ogos 2015)