Selasa, 18 Disember 2018

Mesej Krismas Daripada Bishop Besar Moon Hing



Seorang Raja dilahirkan, Seorang Anak dikurniakan

Sesungguhnya, seorang anak telah lahir bagi kita, seorang putera telah dikurniakan bagi kita. Di atas bahunya tampuk pemerintahan, dan namanya akan disebut: Penasihat Ajaib, Allah Perkasa, Bapa Kekal, Raja Damai. (Yes 9:6, AVB)

Setiap hari kita telah melihat Raja segala raja, Anak Allah dilahirkan dalam hati ramai orang apabila mereka menerima Kristus. Ini sering dirujuk sebagai pengalaman "Lahir Semula." Yesus telah menjawab Nikodemus, "Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kecuali seseorang dilahirkan semula, dia tidak dapat melihat kerajaan Allah" (Yoh 3:3, AVB). Ada beberapa aspek "Lahir Semula" yang kita boleh cuba fahami.

  • Dilahirkan sebagai anak-anak Allah ke dalam Kerajaan Allah (Yoh 1:12, 3:5)
  • Dilahirkan dari Roh (Yoh 3:6)
  • Dilahirkan ke dalam hidup kekal (Yoh 3:16)
  • Dilahirkan keluar dari kutuk (Yoh 3:17)

Bagaimanakah pengalaman "Lahir Semula" itu boleh terjadi? Ianya hanya boleh terjadi apanila sesorang memiliki Iman dan percaya pada Yesus Kristus. Tetapi Iman hanya datang dengan pendengaran Firman Allah (Rom 10:17). Bagaimanakah seseorang dapat mendengar Firman Allah, kecuali seseorang rela mengongsikan Firman Allah? Bagaimanakah seseorang dapat mengongsikan Firman Allah, kecuali dia membaca dan mempelajari Firman Allah? Bagaimanakah seseorang dapat mempelajari Firman Allah, kecuali ada seseorang yang menterjemahkan Firman Allah ke dalam bahasanya? Bagaimanakah seseorang dapat menterjemahkan Firman Allah, kecuali ada orang-orang yang pergi melakukannya dan ada orang-orang yang memberi dan menyumbang kepada pekerjaan penterjemahan?

Proses penterjemahan Alkitab adalah urusan yang membosankan, memakan masa, memerlukan kos tinggi dan tenaga kerja. Setiap Alkitab mengambil masa bertahun-tahun untuk diterjemahkan. Kita berterima kasih kepada penterjemah-penterjemah masa lampau yang telah memunngkinkan kita membaca dan memiliki Alkitab dalam bahasa kita. Masih terdapat banyak suku bangsa dan kelompok bangsa yang belum memiliki Alkitab dalam bahasa mereka sendiri. Setiap kali kita membaca Alkitab kita, ingatlah dan ucapkan doa bagi mereka yang masih belum memiliki Alkitab dalam bahasa mereka sendiri dan pertimbangkanlah untuk menderma kepada kerja-kerja penterjemahan, dan jika mungkin sertai pasukan-pasukan penterjemahan itu. Di Asia Tenggara dan banyak lagi negara, terdapat banyak kelompok bangsa tanpa Alkitab dalam bahasa mereka sendiri.

Bolehkah kita dapat membantu sebilangan orang mengalami pengalaman "Lahir Semula" melalui pendengaran Firman Allah dalam bahasa mereka sendiri?

Di tengah-tengah kesibukan perhiasan, aktiviti, jamuan makan, acara perayaan, persekutuan, dan majlis pertemuan, seringkali ada rasa khuatir bahawa kita akan terlupakan watak utama, Yesus Kristus, dalam segala kegembiraan dan perayaan. Krismas ini, perayaan mengenai kedatangan Yesus Kristus adalah waktu dan musim terbaik untuk kita memperbaharui Cinta pertama kita untuk Yesus Kristus dan memastikan Dia masih diundang ke hati dan rumah kita, dan kehidupan harian kita. 

Selamat Hari Krismas dan Tahun Baru yang mendatang bersama dengan Raja segala raja, Tuan segala tuan, Tuhan kita Yesus Kristus. 

Bishop Besar Ng Moon Hing,
Ketua Gereja Anglikan, Asia Tenggara.

(Diterjemahkan daripada artikel ACNS bertajuk,"A Christmas Message From Archbishop Moon Hing" bertarikh 17 Disember 2018)