Isnin, 17 Disember 2018

Ketika Tuhan Muncul Di Luar Jangkaan

(Foto oleh Vinicius Wiesehofer di Unsplash)

Krismas adalah musim kegemaran saya. Tentu saja, saya suka benar Krismas. Tetapi musim Krismas kali ini agak berbeza, kerana sambutan saya agak suram kerana kehilangan seseorang yang saya sayangi. 

Bagaimana pula dengan anda? Mungkin sukar untuk anda, atau seseorang yang anda kasihi, merayakan tahun ini. Beban kehilangan orang tersayang, tekanan kewangan, masalah kesihatan atau depresi boleh membina tembok yang sukar ditembusi, selapis demi selapis, sehingga menghalang anda daripada sukacita musim perayaan ini. Namun begitu, sewaktu anda tidak menyangkakan, Tuhan ada cara untuk memunculkan diri. 

Dia melakukannya untuk saya minggu lepas. 

Seorang wanita yang saya tidak begitu kenali mendekati saya semasa suatu acara perayaan. Dia menceritakan bagaimana dia telah menderita depresi untuk hampir seluruh hidupnya. Ketika dia menghadiri kebaktian pengkebumian suami saya musim panas yang lalu, dia telah mendengar mengenai pergelutan suami saya dengan depresi. Wanita itu juga telah mendengar bagaimana Tuhan telah menyembuhkan suami saya - bukan dari kansernya, tetapi dari depresi yang telah menjadi pergelutannya selama berdekad-dekad. 

Pastor saya telah menutup kebaktian pengkebumian dengan melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Dia telah merasakan Roh Kudus mendorongnya untuk berdoa bagi orang-orang yang hadir yang kemungkinan menderita depresi. 

Wanita itu berkata lagi, "Siapakah yang akan pergi ke kebaktian pengkebumian untuk disembuhkan dari depresi?"

Yakan? Siapakah yang akan lakukan begitu?

Tetapi pada hari itu, Tuhan telah muncul di luar jangkaan. Dan empat bulan kemudian, wanita itu mendekati saya untuk memberitahu saya bahawa dia tidak pernah mengalami sehari pun lagi depresi sejak kebaktian pengkebumian itu. 


Dua ribu tahun yang lalu, Tuhan juga telah muncul secara tidak dijangka, kali itu dalam kehidupan seorang gadis remaja. Dia muncul dengan berita yang disampaikan malaikat - berita yang menunggang terbalikkan hidup gadis remaja itu. dan yang kemudiannya menunggang terbalikkan dunia. Atau lebih tepat, menterbalikkan kembali kepada yang sebetulnya! Tapi pemimpin-pemimpin agama pada waktu itu gagal melihat-Nya kerana mereka percaya bahawa Tuhan akan menunjukkan diri-Nya dengan cara yang berbeza. Mereka enggan mempertimbangkan kemungkinan bahawa Tuhan boleh bergerak dalam arah yang lain.

Tuhan masih muncul secara tidak dijangka. tetapi jika kita mempunyai fokus sempit mengenai apa yang kita fikir Dia harus lakukan, kita akan terlepas pekerjaan yang Dia ingin lakukan dalam kita dan melalui kita.

Seperti suami saya, anda mungkin berdoa untuk kesembuhan dalam sesuatu keadaan, tetapi mendapati bahawa Tuhan sedang bekerja dalam keadaan lain dalam hidup anda.

Percayalah bahawa Tuhan akan membungkusi kita dengan kasih kurnia-Nya dan mengelilingi kita dengan damai-Nya. Dan seterusnya percayalah bahawa Dia sedang bekerja mengikut kekuasaan-Nya untuk melaksanakan matlamat-Nya yang sempurna. Anda akan mendapati bahawa Dia membekalkan apa yang anda perlukan, tatkala anda memerlukannya.

(Diterjemahkan daripada artikel Charisma News bertajuk, "Are You Expecting God To Do The Unexpected" yang ditulis oleh Ava Pennington bertarikh 12 Disember 2018)