Selasa, 11 Disember 2018

Karnival Krismas Kota Kinabalu 2018 Bermula Hari Ini!


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Majlis Gereja-Gereja Sabah melalui Basel Christian Church of Malaya, Grace Chapel Luyang dan Sabah Evangelical Mission akan menganjurkan bersama ‘Kota Kinabalu Christimas Celebration 2018 pada 11-14 Disember 2018 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Bertemakan ‘God’s Blessing Of Life’, perayaan kali ini adalah untuk melahirkan kesyukuran atas segala rasa kasih, damai dan keharmonian di kalangan rakyat di Sabah.

Pengarah Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam DBKK, Lizawana Matin berkata majlis perasmian akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


“Bagi memeriahkan acara ini pelbagai program menarik telah diatur, antaranya ialah pertunjukan bunga api, persembahan koir, hiburan, pentas oleh pemimpin gereja, pemberian sumbangan kepada badan-badan kebajikan.

“Antara yang bakal menerima ialah Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Care Heaven Kota Kinabalu, I Link Berhad, Jireh House, Rumah Bakti Harapan, Seri Mengasih Centre (KK), Agape Counselling Centre KK, Thlaseemia Society Kudat, Society of Blind Kota Kinabalu, Persatuan Hospice St Francis Xavier Mission,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Liza menambah turut diadakan pemberian hadiah krismas kepada kanak-kanak dan sumbangan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun serta pameran dan karnival jualan di sekitar Padang Merdeka.

Presiden SCC, Datuk Melter Jiki Tais menerima peruntukan RM200,000
daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Sementara itu Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah (SCC), Datuk Melter Jiki Tais berkata acara itu sebenarnya bertujuan mempromosi perpaduan, kasih sayang dan keharmonian dalam kalangan masyarakat di negeri ini yang terdiri daripada latar belakang berbeza.

Katanya kepentingan untuk dihidup dalam keadaan harmoni perlu dikekalkan bagi memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas peruntukan RM200,000 bagi menjayakan sambutan Hari Krismas pada tahun ini. 

(Dipetik daripada artikel Sabah News Today bertarikh 4 Disember 2018 dan 8 Disember 2018)