Sementara ribuan berarak membantah konvensyen PBB mengenai
kesetaraan kaum di ibu negara, orang ramai berkumpul merayakan kedatangan Hari
Natal di Bumi Kenyalang.
Lebih 40,000 orang berarak di Miri, Sarawak hari ini bagi
merayakan sambutan perayaan Krismas.
Menurut The Star, majlis pada tahun ini merupakan
anjuran 15 buah gereja di Miri.
"Sarawak memiliki keistimewaan yang patut kami
pertahankan dengan apa cara sekali pun.
"Semangat muhibah dan perpaduan antara semua rakyat
berbilang kaum dan agama di Sarawak ini sungguh bernilai," katanya.
Salah seorang peserta sambutan berkenaan, Nancy Maria
memberitahu Malaysiakini majlis berkenaan cukup menyeronokkan.
"Rasa gembira dan seronok terutamanya apabila semua
gereja bersatu menjayakannya. Walaupun cuaca sekejap hujan dan sekejap ok,
semua masih bersemangat.
"Paling best, apabila orang awam dari hotel-hotel,
kedai-kedai dan mall keluar dan memberikan sokongan kepada kami yang sedang
berarak. Tanpa mengira agama dan kaum semua sporting," katanya ketika
dihubungi.
Sementara itu, Borneo Post melaporkan
majlis sambutan termasuk acara konsert, nyanyian lagu-lagu Hari Natal dan
pertunjukan di jalanan.
(Diambil daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "Lebih 40,000 Berarak Sambut Krismas Di Miri" bertarikh 8 Disember 2018)