Rabu, 20 September 2017

Gereja Berkecuali, Kata Majlis Gereja-Gereja Sabah


KOTA KINABALU: Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah (SCC) Bishop Melter Jiki Tais telah menolak dakwaan bahwa gereja adalah pro-pembangkang.

Melter telah dilaporkan oleh Borneo Post sebagai mengatakan bahawa dia telah diberitahu baru-baru ini mengenai kenyataan-kenyataan yang "tidak berasas" dan "tidak adil" bahawa gereja adalah pro-pembangkang.

"Sebagai badan keagamaan, gereja adalah berkecuali dan akan terus wujud berkecuali. Saya ingin memberi keyakinan kepada Ketua Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman, dan kerajaan negeri Sabah bahawa gereja tidaklah anti-kerajaan atau pro-pembangkang," dia dilapor mengatakan demikian. 

Bagaimanapun, dia mengakui bahawa sebilangan anggota-anggota gereja mungkin menjadi ahli dalam parti pembangkang atau parti pemerintah. 

Melter mengatakan ini semasa penyampaian peruntukan kerajaan negeri untuk sekolah-sekolah dan badan-badan keagamaan bukan Islam di sini semalam.

Melter berkata walaupun banyak gereja-gereja di bawah SCC telah mencapai tahap penyaraan diri, ada juga yang lain, terutama di kampung-kampung yang terpencil, yang masih memerlukan bantuan kewangan kerajaan.

Dia mengucapkan penghargaan atas komitmen kerajaan negeri untuk terus memberikan bantuan kewangan kepada badan-badan keagamaan bukan Islam, terutamanya gereja-gereja, sebab ianya akan mengurangkan beban gereja-gereja yang lebih miskin.

(Diterjemah daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Church Is Non-Partisan, Says Sabah Council of Churches" bertarikh 20 September 2017)