Rabu, 20 September 2017

38,000 Hadirin - Rekod Penyertaan Teramai Untuk KKR Di Sabah

Atas: Keratan akhbar Daily Express, 17 Sep
Bawah: Hadirin semasa KKR, 15 Sep
di Kompleks Sukan Penampang

KOTA KINABALU, SABAH: Kebaktian Kebangunan Rohani (KKR) bersama Ps Philip Mantofa di Kompleks Sukan Penampang pada 15-16 September telah menarik kehadiran teramai untuk acara seperti itu dalam sejarah Sabah.

Dianggarkan 18,000 orang telah menghadiri KKR malam pertama bertema "Neraka Itu Nyata" dan 20,000 orang telah menyertai "Malam Roh Kudus" pada malam berikutnya. 

Dari jumlah itu, 6,629 kad keputusan telah dikutip dan akan diagihkan kepada gereja-gereja tempatan untuk bimbingan lanjut. 793 orang sakit telah didoakan dan 9,984 orang telah mengikuti siaran live streaming.


Ps Sulimon Galus dari Sabah telah menyatakan rasa terharunya akan kerinduan besar umat Kristian di Sabah untuk mengikuti KKR itu. Dia mengatakan dalam catitan Facebooknya, "Tertanya-tanya di dalam hati, apa yang membuat orang rindu dan sanggup bersusah-susah datang ke Stadium Penampang malam itu. Malam kedua di Stadium Penampang semakin banyak orang yang datang menghadiri Perhimpunan Kebangunan Rohani dan Pemberitaan Khabar Baik tentang pekerjaan Roh Kudus (Roh Allah) dalam hidup orang beriman.

"Ternyata Roh Allah sendiri yang telah menggerakkan hati orang untuk datang. Ada yang datang seawal jam 2.30 petang sedangkan acara hanya bermula jam 7.00 malam," tambahnya. 



Acara KKR ini jelas telah membawa kesan mendalam kepada orang ramai yang mengikutinya samada di stadium atau melalui live streaming. Kita doakan Tuhan terus bekerja dalam hati setiap peribadi yang telah dijamah oleh kuasa Roh-Nya semasa KKR itu.


Puji Tuhan! Tinggikan Nama-Nya!

(Sumber: Catitan Facebook Sulimon Galus, Raymond Koh, Yeshua Leo, SIBKL bertarikh 18 & 19 September 2017)