Sabtu, 23 September 2017

Pemenang America's Got Talent, Darci Lynne Akan Derma Kepada Gereja, Beli Mesin Cuci Pinggan Dan Dapatkan Anjing Pug


Ventrilokis berusia 12 tahun -- dan kini jutawan -- Darci Lynne Farmer mengenang kembali detik-detik sebelum memenangi America's Got Talent di Entertainment Tonight pada Khamis (21 Sep). Farmer menjelaskan, "Saya rasa begitu tertekan. Itu adalah 30 saat paling panjang dalam hidup saya. Dalam hati saya berfikir, "Ucapkan saja Ty Ty!"

Darci Lynne juga menjawab soalan yang sedang difikirkan oleh seluruh negara, memberitahu ET apakah seorang gadis berusia 12 tahun akan lakukan dengan hadiah kemenangan sejuta dolarnya. 

"Saya pasti akan beri sebahagian kepada gereja saya. Sebab mereka selalu mengumpul dana untuk pelbagai misi dan program misi yang berbeza," katanya. "Dan keduanya, saya akan berikan emak saya satu mesin cuci pinggan sebab memang kami perlu lebih lagi perkakas rumah." Tetapi Farmer tidak terlupa sesuatu untuk dirinya sendiri dalam senarainya, dan menambah, "Dan anjing pug. Saya betul-betul mahukan seekor pug!"

(Darcy Lynne dan keluarganya beribadah di Gereja Methodist, Church of the Servant di Oklahoma City)



(Diterjemahkan daripada artikel Billboard bertajuk, "America's Got Talent Winner, Darci Lynne Farmer Is Spending Her $1 Million On Church, A Dishwasher & A Pug" yang ditulis oleh Allison Stubblebine bertarikh 22 September 2017)