Isnin, 7 September 2015

Datuk Ng Moon Hing Dilantik Menjadi Ketua Gereja Anglikan Asia Tenggara

Bakal Biskop Besar Datuk Ng Moon Hing dan Biskop Besar Datuk Bolly Lapok

Right Rev Datuk Ng Moon Hing, Biskop Malaysia Barat, telah dilantik Ketua Kegerejaan Anglikan Asia Tenggara semasa mesyuarat khas Sinode Kewilayahan pada 2 September di Sandakan, Sabah.

Dia akan menjadi Biskop Besar kelima untuk melayani Wilayah itu, yang terdiri daripada diosis-diosis Kuching, Sabah, Singapura dan Malaysia Barat.

Setiausaha Kewilayahan Leonard Shim mengumumkan bahawa tempoh perkhidmatan bakal Biskop Besar Ng Moon Hing akan bermula pada Februari 2016 dan berterusan sehingga 2020.

"Bagi pihak Persekutuan Anglikan (Anglican Communion), saya menyampaikan salam mesra dan tahniah kepada Biskop Ng Moon Hing atas perlantikannya sebagai Biskop Besar Gereja Anglikan di Asia Tenggara," kaa Most Rev Josiah Idowu-Fearon, Setiausaha Agung Persekutuan Anglikan.

Biskop Ng Moon Hing telah banyak menyumbang kepada misi dan penginjilan Anglikan baik di peringkat serantau atau antarabangsa dan sebagai pengerusi kelompok utama Anglican Witness telah secara berterusan memain peranan penting dalam mempromosikan penekanan akan pemuridan yang terancang di kalangan seluruh Persekutuan, tambah Setiausaha Agung itu. 

Bakal Biskop Besar Ng Moon Hing, yang masih akan melayani sebagai Biskop Malaysia Barat, akan menngambil-alih daripada Most Rev Bolly Lapok sebagai Ketua Kegerejaan. Biskop Besar Bolly akan terus melayani sebagai Biskop Kuching selepas menamatkan tempohnya sebagai Ketua Kegerejaan pada Februari 2016.

(Diterjemah daripada artikel Anglican Communion News Service bertajuk, "Datuk Ng Moon HIng Elected Primate of South East Asia" bertarikh 2 September 2015)