Isnin, 7 September 2015

Gambar Dengan Salib Yang Dikaburkan Adalah Kesilapan, Bukan Satu Diskriminasi Terhadap Orang-Orang Kristian


Akhbar The Borneo Post telah memberikan penjelasan mengenai kesilapan dalam gambar di akhbarnya bertarikh 4 September di mana salib dalam gambar tersebut telah dikaburkan. Berikut penjelasan The Borneo Post:

KUCHING: Dalam berita mengenai Jual-Jualan di Gereja St.Thomas Cathedral yang disiarkan pada mukasurat 20 pada 4 September, The Borneo Bost secara tidak sedar menggunakan gambar Dean gereja itu, Very Right Reverend Michael Buma Galami menjual kupon kepada Biskop Besar Anglikan Wilayah Asia Tenggara, Most Reverend Bolly Lapok dengan salib pada latar belakang gambar dikaburkan

Gambar itu dimaksudkan untuk diterbitkan dalam edisi Brunei akhbar The Borneo Post, yang melarang penjualan mana-mana penerbitan yang menunjukkan salib.

Pereka grafik yang bertugas secara tersilap memetik gambar yang salah untuk edisi yang dijual di luar Brunei.

The Borneo Post tidak pernah mempunyai polisi mengkaburkan salib atau mana-mana simbol keagamaan dalam penerbitan-penerbitan kami dan ini dibuktikan oleh penerbitan akhbar kami di masa lalu.

Itu adalah benar-benar satu kesilapan dan The Borneo Post meminta maaf kepada semua pihak yang tersinggung oleh gambar tersebut dan merayu kepada mereka agar tidak menjadikannya suatu isu keagamaan.

(Diterjemahkan daripada artikel The Borneo Post bertajuk, "Picture With Blurred Cross A Mistake, Not Discrimination Against Christian")