Khamis, 10 September 2015

Selepas Tujuh Tahun Di Mahkamah, Kementrian Dalam Negeri Akan Kembalikan 8 CD Milik Wanita Kristian Sarawak Esok

Gambar fail menunjukkan Annou Xavier, peguam yang mewakili Jill Ireland menjawab soalan
wartawan di luar Makhmah Tinggi Kuala Lumpur ( Gambar oleh Choo Choy May)

KUALA LUMPUR, 9 Sep - Kementrian Dalam Negeri telah memberitahu Jill Ireland Lawrence Bill dari Sarawak bahawa cakera-cakera padat kepunyaannya yang mengandungi kalimah Allah yang telah dirampas tujuh tahun lalu akan dikembalikan kepadanya esok, begitu disahkan oleh peguamnya.

Annou Xavier yang mewakili Jill Ireland, berkata dia menerima surat daripada Kementrian Dalam Negeri hari ini yang memaklumkan mengenai perlepasan bahan-bahan yang telah dirampas itu. 

"Surat itu dialamatkan kepada pelanggan saya atau firma saya, meminta saya mengambil cakera-cakera padat tersebut daripada Kementrian Dalam Negeri," dia memberitahu ketika dihubungi Malay Mail Online.

Annou berkata bahawa cakera-cakera padat itu akan diambil di cawangan Kementrian Dalam Negeri di lapangan terbang KLIA, yang telah mengirim surat itu. 

"Samada pelanggan saya atau pastornya akan pergi," katanya merujuk kepada Pastor Alfred Tais daripada SIB. 

Menurut surat bertarikh 2 September yang telah dilihat oleh Malay Mail Online, Bahagian Penerbitan dan Kawalan Teks Al-Quran, Kementrian Dalam Negeri dari cawangan KLIA berkata ianya ingin mengembalikan cakera-cakera padat itu berdasarkan "perintah" daripada penasihat undang-undang kementrian.

Kurang daripada sebulan yang lepas, seorang peguam kerajaan Shamsul Bolhassan memberitahu Malay Mail Online bahawa Kementrian Dalam Negeri akan menuruti arahan daripada Mahkamah Rayuan untuk mengembalikan 8 CD itu kepada Jill Ireland. 

(Terjemahan petikan daripada artikel Malay Mail Online bertajuk "After Seven Years In Court, Home Ministry To Release Sarawakian Christian's 'Allah' CDs Tomorrow" penulisan Ida Lim bertarikh 9 September 2015)