Jumaat, 8 September 2023

Hujan Lebat Tidak Menghalang Lebih 20,000 Penganut Kristian Hadiri Malam Pentakosta Di Kuching

Malam Pentakosta di Padang Jubli, Kuching

KUCHING: Hujan lebat tidak menghalang lebih 20,000 penganut Kristian daripada menghadiri Malam Pentakosta di Padang Jubli di sini malam Khamis.

Malam Pentakosta yang diadakan selama dua malam itu turut menampilkan Pastor Philip Mantofa dari Surabaya, Indonesia, dimulakan dengan pujian dan penyembahan.

Pengerusi penganjur Datuk Janang Bungsu memberitahu The Borneo Post bahawa umat yang datang adalah dari seluruh Sarawak, termasuk Limbang, Lawas, dan Miri, serta dari Indonesia, Singapura, dan Brunei.

Pastor Philip Mantofa

"Itu benar-benar menyentuh hati saya. Walaupun hujan lebat, mereka ini tetap di sini. Malah ada antara mereka yang datang ke sini sejak jam 2 petang.

"Sebanyak 88 bas telah kita sewa khas untuk penduduk di kawasan pedalaman. Kami mahu memberkati paderi luar bandar kami juga.

"Beberapa guru yang mengetuai kelab Persekutuan Kristian Antara Sekolah di sekolah juga akan membawa pelajar ke sini," kata Janang.

Datuk Janang Bungsu

Sementara itu, Pastor Philip juga mengalu-alukan kehadiran mereka terutama yang sakit untuk menghadiri perhimpunan malam kedua kerana akan ada penyembuhan.

"Bawalah orang yang sakit, kerana kami akan mendoakan mereka. Mereka yang sakit akan sembuh," tambahnya.

Pintu dibuka pada jam 5 petang, manakala acara akan bermula pada jam 7 malam.

(Diambil daripada Utusan Borneo bertajuk, "Hujan Lebat Tidak Menghalang Lebih 20,000 Penganut Kristian Hadiri Malam Pentakosta Di Kuching" bertarikh 8 September 2023)