Jumaat, 13 Oktober 2023

5,000 Orang Dijangka Hadiri Acara 3 Malam Kesembuhan Mukjizat Di Miri City Fan Pada 17-19 Oktober


MIRI: 5,000 orang dijangka menghadiri 'Rapat Umum 3 Malam Penyembuhan Mukjizat yang akan diadakan di Miri City Fan pada 17 hingga 19 Oktober.

Jawatankuasa penganjur dalam satu kenyataan semaam menyatakan bahawa pihak penganjur berharap bahawa cara itu akan menyentuh dan mentranformasi kehidupan orang-orang yang datang.

"Acara itu percuma dan terbuka kepada orang-orang awam dan semua orang dialu-alukan datang.

"Acara itu yang akan diadakan selama tiga hari bermula pada hari Selasa dan berakhir pada Khamis, pada 7 malam setiap malam," tambahnya.


Tambahan lagi. acara itu dianjurkan oleh Persekutuan Pastor-Pastor Miri dan The School of Acts, Kuala Lumpur.

"Penginjil antarabangsa, Reverend Raymond Mooi telah berdoa untuk orang-orang sakit di sekeliling dunia untuk lebih 40 tahun, di Indonesia, Negara Thai, Cambodia, Laos dan banyak negara lain.

"Bilangan orang yang ramai di stadium, di lapangan terbuka dan di dewan awam telah menyaksikan ramai orang disembuhkan oleh doa kesembuhannya. 

"Orang-orang Sarawak telah pun menyaksikan atau mendengar kesaksian-kesaksian daripada mereka yang telah disembuhkan seperti orang buta dapat melihat, orang pekak dapat mendengar, orang lumpuh dapat berjalan, ketumbuhan dilenyapkan dan segala jenis penyakit disembuhkan," begitu dinyatakan dalam kenyataan itu.

(Diterjemahkan daripada artikel New Sarawak Tribune bertajuk, "5,000 Expected To Attend Healing Rally" bertarikh 13 Oktober 2023)