Khamis, 30 Mei 2024

Persekutuan Kristian Malaysia: Sambutlah Gawai dan Kaamatan Dalam Perpaduan dan Damai


KUCHING, 29 Mei -  Persekutuan Kristian Malaysia / Christian Federation of Malaysia (CFM) telah menyeru kepada rakyat Malaysia untuk datang bersama merayakan Hari Gawai dan Pesta Menuai dengan harapan menginspirasikan perpaduan dan damai yang lebih kukuh lagi.

Ianya berkata perayaan-perayaan yang unik seperti ini, yang bercirikan sukacita, damai dan harmoni bersama, membuka peluang untuk memperbaharui persahabatan dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan kemasyarakatan. 

"Salah satu pelajaran yang kita dapat pelajari daripada warganegara kita dari Sabah dan Sarawak, adalah keinginan dan kebolehan yang kuat untuk hidup dalam aman dan harmoni satu dengan lain, melibatkan pelbagai etnik, budaya, bahasa dan agama," kata CFM dalam satu kenyataan.

"Marilah kita bersukacita dan merayakan bersama mereka dan mendoakan semangat perpaduan dan keharmornian di kalangan mereka juga meresapi ke seluruh negara yang tercinta."

CFM yang mewakili komuniti Kristian di Malaysia, juga menyampaikan ucapan penuh mesra kepada warga Sabah dan Sarawak sempena perayaan yang meriah ini. 

Kenyataan itu telah ditandatangani oleh pengerusi CFM vikar Orthodox Syrian Church Malaysia Very Rev Philip Thomas Cor Episcopa dan naib-naib pengerusi Roman Catholic Archdiocese of Kuching, Sarawak Archbishop Simon Poh, Anglican Bishop of Sarawak dan Brunei Rt Revd Datuk Danald Jute, dan pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Malaysia Revd Dr Eu Hong Seng. — The Borneo Post

(Diterjemahkan daripada artikel The Malay Mail bertajuk, "Christian Federation of Malaysia: Celebrate Gawai dan Kaamatan In Solidarity and Peace" bertarikh 29 Mei)