Ibu Teresa |
Hari ini, 5 September, pada ulangtahun ke-17 kematiannya, kita mengingat kembali 14 petikan kata-katanya yang paling mendorong mengenai kasih, doa dan perbuatan-perbuatan kecil yang baik yang boleh mengubah dunia selamanya.
Perihal berserah penuh kepada Tuhan
Berilah diri anda sepenuhnya kepada Tuhan. Dia akan memakai anda untuk melakukan perkara-perkara yang besar dengan syarat anda lebih percaya dalam kasih-Nya daripada dalam kelemahan anda sendiri.
Perihal Mengasihi Orang Lain Dalam Hidup Anda
Tunjukkan kasih ke manapun anda pergi; pertama-tamanya di rumah anda. Berikan kasih anda kepada anak-anak anda, kepada isteri atau suami anda, kepada jiran sebelah rumah. Jangan biarkan sesiapa yang datang kepada anda pergi tanpa menjadi lebih baik dan gembira. - diambil dari Worldwide Laws of Life oleh John Templeton.
Perihal Memberi Perhatian Kepada Perkara-Perkara Yang Kecil
Perkara kecil memanglah kecil, tetapi menjadi setia dalam perkara kecil adalah sesuatu yang hebat.
Kelaparan untuk kasih jauh lebih sukar untuk dilenyapkan daripada kelaparan untuk makanan - temuramah dalam majalah TIME.
Semalam sudah berlalu. Esok belum datang lagi. Kita hanya ada hari ini. Mari kita bermula.
Perihal Ganjaran Untuk Pelayanan
Saya cuba berikan kepada orang miskin dengan kasih apa yang orang kaya boleh dapatkan dengan wang. Tidak, saya tidak akan menyentuh seorang pesakit kusta demi seribu ringgit; tetapi saya dengan rela merawatnya demi kasih Tuhan. - Mother Teresa of Calcutta, A Gift For God: Prayers and Meditations.
Bukan setiap kita dapat lakukan perkara yang besar. Tetapi kita boleh lakukan perkara kecil dengan kasih yang besar.
Perihal Bekerjasama
Apa yang saya dapat buat, anda tidak dapat. Apa yang anda dapat buat, saya tidak dapat. Tetapi bersama-sama kita dapat lakukan sesuatu yang indah bagi Tuhan.
Perihal Bekerjasama
Apa yang saya dapat buat, anda tidak dapat. Apa yang anda dapat buat, saya tidak dapat. Tetapi bersama-sama kita dapat lakukan sesuatu yang indah bagi Tuhan.
Perihal Tidak Mencari Angka Besar
Saya tidak bersetuju dengan cara besar-besaran melakukan sesuatu. Yang paling penting ialah seseorang peribadi. Jika kita menunggu sehingga kita mendapat angka yang besar, kita akan hanyut dalam angka yang besar itu dan kita tidak akan pernah dapat menunjukkan kasih dan hormat itu untuk seseorang peribadi.
Perihal Kesepian
Kemiskinan yang paling teruk ialah kesepian dan perasaan tidak dikasihi.
Doa bukan sekadar meminta. Doa ialah meletakkan diri dalam tangan Tuhan, kepada kehendak-Nya, dan mendengar suara-Nya dalam sedalam-dalamnya hati kita.
Perihal Mendengar Suara Tuhan
Sebelum kita berkata-kata, adalah sangat perlu kita mendengar, sebab Tuhan berbicara dalam keheningan hati.
Perihal Berdoa Bersama
Marilah kita mengasihi satu sama lain seperti mana Tuhan mengasihi setiap kita. Dan di manakah kasih itu bermula? Di rumah kita sendiri. Bagaimanakah ia bermula? Dengan berdoa bersama.
Perihal Kekudusan
Kekudusan bukan milik beberapa orang sahaja; ianya adalah tanggungjawab biasa, untuk saya dan anda.
(Diterjemahkan kebanyakannya daripada artikel Relevent Magazine bertajuk, "14 Mother Teresa's Quotes About How To Change The World" penulisan Jesse Carey bertajuk 5 September 2014)