Melarang penggunaan kalimah Allah terhadap bukan Islam agak
berlebih-lebihan, kata menteri baru hal ehwal agama Indonesia Lukman Hakim
Saifuddin.
Katanya, penggunaan kalimah Allah tidak patut menjadi eksklusif kepada
satu-satu agama.
“Kementerian merasakan perkara ini (larangan sebegitu) agak
berlebih-lebihan. Pada saya, sesiapa sahaja boleh gunakan kalimah (Allah) itu.
“Orang Islam sendiri berbeza-beza (di Indonesia), dengan longhat mereka, bagaimana mereka mengucap selamat antara satu sama lain dan bagaimana mereka menyebut Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan
yang mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah yang dibuat Kementerian
Dalam Negeri terhadap mingguan Katholik Herald.
(Diambil daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "Larang Guna Kalimah Allah Agak Berlebihan" bertarikh 2 September 2014)