Sultan Selangor menyaksikan penyerahan Alkitab kepada pengerusi Association of Churches in Sarawak, Rev Datuk Bolly Lapok |
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memulangkan semula Bible
versi Bahasa Melayu dan Iban yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) Januari lalu kepada penganut Kristian di Sarawak melalui Persatuan
Gereja-gereja Sarawak (ACS), dalam satu majlis rasmi di Istana Selangor hari
ini.
Ia dipulangkan kepada masyarakat Kristian Sarawak, dan
bukannya kepada PBM yang beribupejabat di Semenanjung, mematuhi syarat
"Bible yang mengandungi kalimah 'Allah' tidak boleh diedarkan di Selangor,
terutamanya kepada orang Islam", menurut satu kenyataan Majlis Agama Islam
Selangor (Mais).
Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali melalui
Twitternya berkata: "Penyelesaian yang baik kepada isu rampasan Bible
berbahasa Melayu yang mengandungi perkataan Allah."
Beliau turut
menyertakan gambar beliau bersama Sultan Selangor menyaksikan majlis penyerahan
Bible itu kepada pengerusi ACS, Ketua Biskop Datuk Bolly Lapok, di Istana Alam
Shah, Klang.
(Diambil dari artikel Malaysian Insider bertajuk "Jais Serah Semula Bible, Tetapi Hanya Kepada Penganut Kristian Di Sarawak" bertarikh 14 November 2014)