Rabu, 19 November 2014

Nick Vujicic dan Isteri Menceritakan Bagaimana Mereka Menemui "Cinta Yang Tidak Terbatas" Dalam Buku Baru

Nick dan Kanae Vujicic pada hari perkahwinan mereka

Nick Vujicic, penceramah motivasi yang juga dikenali sebagai "penginjil tanpa lengan dan kaki" menceritakan mengenai perjalanannya mencari cinta sejati dalam buku baru, Love Without Limits, dan cabaran yang dialami olehnya dan isterinya, Kanae dalam perjalanan mereka ke arah perkahwinan dan selanjutnya. 

Dilahirkan dengan sindrom tetra-amelia (tanpa lengan dan kaki), telah mengalami rasa takut sejak muda bahawa "tiada wanita yang akan mencintaiku atau ingin berkahwin denganku," begitu tulis penginjil Serbia kelahiran Australia dalam Love Without Limits: A Remarkable Story of True Love Conquering All. "Aku mempunyai banyak keraguan mengenai keupayaanku sebagai seorang suami dan bapa."

Tetapi seperti mana diketahui oleh ramai penyokong dan peminat Nick, dia sebenarnya tidak perlu risau apapun. 

Pada 2008, Nick dan Kanae bertemu dan berkahwin empat tahun kemudian. Kemudiannya, pada Februari 2013, Kanae melahirkan Kiyoshi James Vujicic, yang berkongsi nama datuknya (sebelah ibunya).


Nick Vujicic bersama anaknya, Kiyoshi dan isterinya, Kanae

Love Without Limits yang boleh dibeli mulai 18 November, dipersembahkan dalam 15 bab dan merangkumi kebanyakan perkara yang biasa ada dalam sebuah buku mengenai berpacaran, perhubungan atau perkahwinan. Terdapat bab-bab di mana Nick dan Kanae memberi liputan topik-topik biasa tetapi peribadi mengenai mencari cinta, jatuh cinta dan seterusnya. Dan pasangan itu tidak mengelakkan dari topik seks, disampaikan dalam bab sembilan, "Kebahagiaan Menghindari Seks Sebelum Nikah serta Seks Selepas Nikah."

Nick yang akan berusia 32 tahun pada Disember, menulis bahawa setelah dia dan Kanae tahu bahawa mereka menuju ke arah perkahwinan, dia merasa perlu untuk "meyakinkan Kanae bahawa ketidaksempurnaan jasmaniku tidak termasuk apa-apa yang boleh menghalang atau mengganggu kemampuan kami untuk mengadakan seks..."

Tambahnya, "Dia tidak menanya, tetapi aku ingin menjauhkan sebarang persoalan atau keraguan yang mungkin ada padanya. Percayalahku, aku telah pun ditanya soalan-soalan seperti ini sejak dari kanak-kanak sampailah ke dewasa. Aku telah ditanya segala jenis soalan peribadi yang bersifat keterlaluan yang anda boleh bayangkan - termasuk soalan-soalan yang anda tidak akan fikirkan, percayalah."

Nick mengingat lagi, semasa satu siaran langsung televisyen di Dallas pada 2012, seorang wartawan wanita menanya bagaimana dia dan isterinya boleh mendapatkan anak. Dalam klip video temubual itu, yang tidak ada lagi di internet, wartawan itu kelihatan benar-benar ingin tahu bagaimana Nick yang dilahirkan tanpa lengan dan kaki dapat menjadi seorang bapa.

"Aku agak terganggu dengan soalannya. Aku cuba untuk menghindarinya dengan mengatakan 'Ya, kebanyakan orang tahu bahawa anda tidak perlu lengan dan kaki untuk mendapatkan anak,'" kongsi Nick...

"Itu tidak menghindarkannya. Dia bertanya lagi, mengatakan ramai orang ingin tahu bagaimana aku boleh menjadi seorang bapa. Pada detik itu, aku menyedari bahawa dia benar-benar serius. Aku boleh menjawab dengan cara yang boleh membuatnya merasa segan kerana menanya soalan yang keterlaluan mengenai kehidupan peribadi kami. Sebaliknya aku menjawab dengan humor."

Apakah jawaban yang telah menghentikan soalan-soalan yang bersifat terlalu peribadi itu?

"Aku kata 'Sebenarnya, aku dengar bahawa kaki kadang-kadang boleh menjadi penghalang!' Percayalah, itu telah menghentikan soalan-soalan peribadinya," Nick menulis. 

Penginjil itu yang kemudian berjenaka mengenai perbualan itu di media sosial, telah menyudahkan bab, "Kebahagiaan Menghindari Seks Sebelum Nikah serta Seks Selepas Nikah" dengan satu lagi kisah bagaimana Kanae telah menjawab seorang wartawan TV yang menanya soalan yang sama.




Nick dan Kanae yang baru-baru ini mengalami kecemasan perubatan dengan Kiyoshi yang berusia setahun, menghantar melalui penerbit mereka Waterbrook Press jawapan-jawapan kepada soalan-soalan jangkaan mengenai Love Without Limits. Berikut ialah petikan apa yang telah mereka kongsikan.

Nick, anda risau tidak akan menjumpai wanita yang dapat mengasihi anda. Bagaimanakah rasa tidak yakin itu membawa kesan kepada hubungan anda dengan Kanae? Bagaimanakah dia menolong anda mengatasi keraguan itu?

Semua keraguanku lesap waktu aku melihat bagaimana Kanae memandangku, memegangku dan bagaimana kami berdua saling mengasihi. Tiada hal yang lebih baik daripada kasih yang berbalas dan tiada bersyarat. Selepas satu perhubungan yang tidak dapat maju, aku ingin memiliki pengantin perempuan yang keluarganya menerimaku dalam keluarga dan hati mereka. Ujian terbesar kami semasa berpacaran ialah apabila aku melalui satu krisis kewangan peribadi. Melihat komitmen Kanae untuk berdiri di sampingku walau apapun  terjadi ialah penemuan paling ajaib betapa dalamnya kasihnya untukku. Dia memandangku dan aku tahu bahawa dia tidak melihat Nick yang tidak berlengan dan berkaki. Shshsh :)

Bagaimanakah Tuhan menyediakan anda berdua untuk satu sama lain sebelumpun anda bertemu?

Kami berdua pun pernah melalui perhubungan yang penuh pergumulan dan sakit hati. Melalui setiap musim kehidupan, kami mengimbas kembali dan melihat bahawa waktu-waktu yang menyakitkan itu telah membantu kami mengenal lebih dalam diri kami dan membantu kami mengfokus lebih kepada apa yang kami harus cari dalam bakal pasangan hidup. Menantikan "Si Dia" adakalanya sangat sukar, tapi kami berdua akan katakan kami tidak akan mengubah apapun yang telah berlalu sebab ianya telah benar-benar mengubah kami untuk menjadi siapa kami pada hari ini. Kami berdua tahu bahawa kami masih mempunyai perjalanan yang jauh di hadapan kami dan perkahwinan ialah sesuatu yang menguji kami setiap hari dan memberkati kami pada waktu yang sama. Ianya satu perjalanan, kehidupan..... aku tidak dapat bayangkan hidupku tanpanya kini.


(Diterjemahkan daripada artikel The Christian Post bertajuk, "Nick Vujicic And Wife Tell Of Finding 'Love Without Limits' In New Book" penulisan Nicola Menzie bertarikh 18 November 2014)