Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama diberi ucapan tahniah oleh Presiden Joko Widodo |
Basuki Tjahaja Purnama, seorang Protestan juga merupakan seorang berbangsa Cina yang pertama untuk menjadi seorang gabenor Indonesia, telah mendapat reputasi sebagai seorang timbalan gabenor yang bersuara lantang dan memerangi rasuah dan mengurangkan prosedur kerajaan. Dia lebih dikenali dengan nama panggilan Cina "Ahok."
Indonesia adalah negara yang mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia, dan 87 peratus daripada 250 juta penduduknya adalah Muslim. Populasi Kristian adalah lebih kurang 10 peratus.
Purnama, 48 tahun, mengambil sumpah jawatan dalam satu upacara yang dipengerusikan oleh Presiden Joko Widodo - pemimpin Jakarta terdahulu sebelum beliau menjadi Presiden bulan lepas - di istana negara di Jakarta, di mana 10,000 anggota polis dan askar telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan. Tempoh tugas Purnama tamat pada 2017.
Di bawah undang-undang Indonesia, jika seseorang gabenor meninggalkan jawatannya, dia akan diganti oleh timbalan gabenornya.
Gabenor baru Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) mengangkat sumpah jawatan |
Gabenor Kristian pertama Jakarta adalah Henk Ngantung, yang berkhidmat dari 1964 ke 1965. Orang-orang Kristian tersebar secara tidak seimbang di kepulauan Indonesia, dengan kepesatan penduduk Kristian lebih besar di utara Pulau Sulawesi dan pulau-pulau lain di bahagian timur.
Basuki Tjahaja Purnama bergambar dengan isteri, Veronica Tan sebelum mengangkat sumpah |
Bangsa Cina merupakan lebih kurang 15 peratus penduduk Indonesia, dan tertakluk kepada diskriminasi kerajaan semasa pemerintahan kuku besi Presiden Suharto yang berakhir pada 1998.
(Diterjemahkan daripada artikel Associated Press bertajuk "Indonesian Capital Gets A Christian Governor" penulisan Niniek Karmini bertarikh 19 November 2014)
(Diterjemahkan daripada artikel Associated Press bertajuk "Indonesian Capital Gets A Christian Governor" penulisan Niniek Karmini bertarikh 19 November 2014)