Huruf K dan H yang terdapat pada MyKad anak Sabah dan
Sarawak adalah diambil daripada huruf terakhir pada nama kedua-dua negeri
tersebut:
Sarawak = K
Melainkan salah seorang ibu atau bapa adalah anak jati Sabah
atau Sarawak, barulah dapat huruf “H” dan “K” dalam kad pengenalan.
Pemberian indikator dalam kad pengenalan tersebut adalah
bermaksud seseorang itu adalah penduduk asal Sabah/Sarawak atau pemastautin
tetap Sabah/Sarawak dan ianya tertakluk kepada undang-undang negeri.
Manakala kod negeri pada kad pengenalan pula hanya dapat
membuktikan anda dilahirkan di negeri tersebut.
Contohnya, seseorang yang lahir di Sarawak akan mempunyai
kod 13 pada kad pengenalan. Kod tersebut menunjukkan bahawa tempat
kelahiran adalah di Sarawak.
Namun, selepaskan tahun 2001, kod 50, 51, 52 dan 53 juga
digunakan dalam kad pengenalan mereka yang lahir di Sarawak. Ini kerana tiap
kod tersebut mempunyai kuotanya tersendiri, jadi penggunaan kod baru adalah
diperlukan.
Begitu juga dengan Sabah, mereka yang lahir di negeri itu
diberikan kod 12, 47, 48 dan 49 pda MyKad mereka.
Semua negeri di Malaysia mempunyai kod tempat kelahiran, dan
berikut adalah senarainya:
- Johor
01, 21, 22, 23, 24
- Kedah
02, 25, 26, 27
- Kelantan
03, 28, 29
- Melaka
04, 30
- Negeri
Sembilan 05, 31, 59
- Pahang
06, 32, 33
- Pulau
Pinang 07, 34, 35
- Perak
08, 36, 37, 38 , 39
- Perlis
09, 40
- Selangor
10, 41, 42, 43, 44
- Terengganu
11, 45, 46
- Sabah
12, 47, 48, 49
- Sarawak
13, 50, 51, 52, 53
- Wilayah
Persekutuan (Kuala Lumpur) 14, 54, 55, 56, 57
- Wilayah
Persekutuan (Labuan) 15, 58
- Wilayah
Persekutuan (Putrajaya) 16
- Negeri Tidak Diketahui 82
(Diambil daripada artikel Borneo Di Hati bertajuk "Maksud K & H Serta Kod Negeri Pada Kad Pengenalan AnakSabah Sarawak" bertarikh 12 Oktober 2017)