Rabu, 16 Mei 2018

Saya Ada Pengharapan Baru Sekarang, Kata Isteri Pastor Koh


KUALA LUMPUR: Isteri Pastor Raymond Koh, Susanna Liew, hari ini berkata dia telah diberi pengharapan baru berikutan keputusan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk menyambung siasatan atas kehilangan suaminya.

Dia berkata dia juga mendapat pengharapan baru dari pembentukan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan, yang telah berjanji untuk mengukuhkan hak asasi manusia di negara ini.

"Saya berharap sekarang dengan kerajaan baru agar dokumen-dokumen siasatan tidak lagi diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi, dan saya berharap Raymond, Amri Che Mat, Joshua dan Ruth Hilmy akan dilepaskan tidak lama lagi," katanya dengan merujuk kepada tiga orang lagi yang juga kehilangan.

"Saya juga berharap bahawa Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang baru akan mengambil serius perkara ini dan mempercepatkan siasatan," katanya di ibu pejabat Suhakam di sini.

Liew juga menyatakan rasa bimbangnya untuk isteri Che Amri, Norhayati Mohd Ariffin, yang telah mendakwa pagi tadi bahawa dia telah diberitahu oleh seorang pemberi maklumat polis bahawa suaminya dan Koh telah dicekup oleh satu pasukan dari Bukit Aman.

"Saya rasa bimbang untuk Norhayati kerana saya mendengar polis telah melawat rumahnya berikutan perkembangan baru dalam kes itu.

"Saya berharap polis yang terbabit dalam perkembangan baru ini tidak akan dilindungi. Saya berdoa agar dapat disatukan semula dengan Raymond tak lama lagi," tambahnya.

Liew berkata dia mendapat pengharapan baru berikutan perintah agar siasatan awam itu disambung dan berikutan pembentukan kerajaan persekutuan yang baru.

(Diterjemahkan daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "I Have Fresh Hope Now, Says Pastor Koh's Wife" bertarikh 16 Mei 2018)