Isnin, 24 Disember 2018

Permaisuri Johor: "Setiap Orang Mempunyai Hak Merayakan Cuti Perayaan Mereka"


PETALING JAYA: Setiap orang mempunyai hak merayakan cuti perayaan mereka, begitu titah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

"Tuanku Sultan Johor (Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar), saya dan keluarga saya ingin mengucapkan semua orang yang merayakan Krismas waktu yang gembira dan penuh kenangan bersama keluarga dan sahabat handai.

"Dan kepada semua rakyat Malaysia, damai dan perpaduan," titah baginda dalam mesej Krismas baginda yang diposkan dalam laman rasmi keluarga di raja Johor pada Ahad (23 Dis).

"Daripada kita melihat bayang-bayang di mana sebenarnya tiada, saya rasa, seperti juga suami saya dan keluarga kami, bahawa setiap orang mempunyai hak untuk merayakan cuti perayaan mereka," tambah baginda.

Raja Zarith Sofiah mengenang kembali tahun-tahun baginda semasa di sekolah asrama di United Kingdom, di mana baginda telah merayakan Krismas bersama dengan rakan-rakan Kristian sekolahnya pada waktu yang sama mengamal dengan setia iman Islamnya.

“Kenangan itu tiada kena mengena dengan agama Kristian, tapi lebih kepada persahabatan yang terjalin dengan gadis-gadis Inggeris yang menyambut mesra kehadiran saya di kalangan mereka tanpa mempersoalkan agama atau bangsa saya.

“Saya juga teringat diberi tanggungjawab menghiasi pokok Krismas di asrama kami, bukan kerana ketua asrama mahukan saya menyimpang dari kepercayaan agama saya, tapi kerana dia menganggap saya sebagai salah seorang yang memiliki kemahiran artistik dan kreatif dalam kalangan gadis-gadis di bawah jagaannya.

"Dia tahu mengenai tasbih yang saya simpan di bawah bantal, dan al-Quran yang telah saya bawa bersama saya. Kedua-dua itu membawa peringatan selalu akan kampung halaman dan kepercayaan saya," titahnya.

Raja Zarith Sofiah menambah bahawa rakyat daripada pelbagai kepercayaan dapat menghormati cuti perayaan keagamaan satu sama lain tanpa kehilangan iman mereka sendiri. 

"Adakah saya sudah lupa mengenai Allah, lupa diri sebagai seorang Muslim, semata-mata kerana saya berada di London beberapa hari sebelum Krismas? Jawapannya: ‘Tidak’.

“Semasa saya berjalan-jalan di London yang dibanjiri orang ramai yang sibuk membeli hadiah-hadiah Krismas buat sanak saudara, atau pelancong seperti saya menikmati cuaca sejuk mengagumi kota London, saya terfikir alangkah indahnya jika semua dapat turut sama menyaksikan kecantikan cahaya gemerlapan dan mendengar melodi lagu-lagu Krismas dinyanyikan kumpulan koir di hampir setiap sudut yang ada.

"Saya membandingkan diri saya dengan para pelancong di Malaysia sebelum Hari Raya ketika pusat membeli-belah dipenuhi orang-orang Muslim yang sibuk membeli baju Raya. Ianya sebenarnya tidak begitu berbeza," tambahnya.

(Diterjemahkan daripada artikel The Star Online bertajuk, "Permaisuri Johor Says Everyone Has A Right To Celebrate Their Festive Holidays" yang ditulis oleh Hanis Zainal bertarikh 24 Disember 2018)