Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, sumbangan gereja di Sabah bukan hanya dalam aspek kerohanian, tetapi turut meliputi pendidikan, kebajikan, pembangunan belia, pengukuhan keluarga dan bantuan kepada golongan memerlukan.
“Semua ini merupakan sumbangan yang amat bermakna kepada
pembangunan masyarakat Sabah secara keseluruhannya,”
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malaysia Day of
Prayer (MDOP) 2026 – Ecumenical Prayer Service di All Saints’ Cathedral,
kelmarin.
Menurutnya, kepelbagaian suku kaum, budaya dan agama di
Sabah perlu terus dipelihara melalui sikap saling menghormati dan persefahaman.
“Saya percaya gereja-gereja di Sabah boleh terus menjadi
contoh bagaimana kesatuan dapat diterjemahkan melalui hubungan yang baik dan
pelayanan kepada masyarakat,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggalakkan gereja-gereja di Sabah
terus membantu golongan memerlukan, memperkukuh institusi keluarga dan
membimbing generasi muda.
Beliau turut menyeru gereja supaya membina hubungan dengan
pelbagai pihak demi kesejahteraan rakyat Sabah.
Upacara anjuran bersama Council of Churches of Malaysia (CCM) dan Sabah Council of Churches (SCC) itu turut disertai komuniti Kristian dari seluruh Malaysia menerusi siaran dalam talian.
(Diambil daripada artikel TV Sabah bertajuk, "Pemimpin Gereja Berperanan Besar Dalam Pembinaan Negara – Ewon" oleh roodwill bertarikh 17 September 2026)


