Isnin, 25 Disember 2017

Apa Ertinya Feliz Navidad?


"Feliz Navidad" adalah sebuah lagu Krismas campuran bahasa yang telah ditulis pada 1970 oleh penyanyi dan penulis lagu buta dari Puerto Rico, Jose Feliciano.

Dengan korus ringkas dalam Bahasa Sepanyol (ucapan tradisi Krismas/Tahun Baru, "Feliz Navidad, prospero ano y felicidad" yang bererti "Selamat Hari Krismas, tahun yang makmur dan berbahagia") dan rangkap Bahasa Inggerisnya yang juga ringkas "I wanna wish you a Merry Christmas from the bottom of my heart", lagu itu telah menjadi lagu klasik pop Krismas di Amerika Syarikat, di kalangan dunia yang berbahasa Sepanyol, dan secara antarabangsa.

Penulis lagu, Jose Feliciano memberitahu majalah Billboard, "Jika saya hanya biarkan dalam Bahasa Sepanyol sahaja, saya tahu bahawa stesen-stesen Inggeris tidak akan memainkannya, oleh itu saya buat keputusan menulis lirik Inggeris, 'I want to wish you a Merry Christmas.' Lepas itu, tak mungkin lagi stesen-stesen menghalang lagu itu dimasukkan ke dalam program."

Jangkaan Jose itu tepat sekali. Menurut Wikipedia, rakaman lagu "Feliz Navidad" pada 1970 oleh Jose Feliciano (yang dalam rakaman itu dia bermain kedua-dua gitar akustik dan cuatro Puerto Rico) telah menjadi salah satu lagu Krismas yang paling banyak dimuat turun dan disiarkan di Amerika Syarikat dan Kanada. 

Sehingga 25 November 2016, jumlah jualan trek digital dicatit pada angka 808,000 muat turun menurut Nielsen SoundScan, menempatkannya di tempat kelapan kategori lagu bestseller Krismas/Musim Cuti untuk digital single dalam sejarah SoundScan. Ianya juga diperakui oleh ASCAP sebagai salah satu daripada 25 lagu Krismas yang paling banyak dimainkan dan direkod di sekeliling dunia.

Artis-artis lain yang telah merakam lagu itu termasuk Boney M, Michael Buble, Thalia dan Celine Dion. Lagu itu juga telah dipersembahkan dalam Glee.



(Sumber: Wikipedia, Song Facts)