Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin
Mat Taib bagaimanapun berkata, punca kebakaran setakat ini masih belum dikenal
pasti.
"Secara keseluruhan hampir 80 hinga 90 peratus musnah
dijilat api, manakala punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan akan
dimaklumkan oleh pihak Forensik Bomba untuk siasatan lanjut dari semasa ke
semasa.
"Namun, siasatan awal mendapati tiada unsur
khianat," katanya kepada Malaysiakini.
Insiden itu melibatkan tingkat atas bangunan rumah kedai dua
tingkat yang menempatkan gereja berkenaan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Selangor Norazam Khamis berkata, seramai 25 anggota digerakkan selepas mendapat
panggilan pada jam 11.19 malam.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
(Diambil daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "Kebakaran Gereja: Siasatan Awal Dapati Tiada Unsur Khianat" bertarikh 3 Februari 2022)