Peguam kanan persekutuan Nurul Farhana Khalid memberitahu
mahkamah sivil bahawa kerajaan memerlukan masa untuk mematuhi perintah itu.
Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi
tempoh tiga hari kepada pihak berkuasa untuk menyerahkan laporan Pasukan
Petugas Khas (STF) kepada isteri Koh, Susanna Liew.
Liew memohon laporan sulit itu untuk mengukuhkan kes
samannya bagi memaksa pihak berkuasa mendedahkan lokasi Koh, yang hilang pada
13 Feb 2017.
Kerajaan hari ini berusaha untuk menangguhkan perintah
mahkamah supaya mereka boleh menjalani proses yang panjang untuk
menyahklasifikasi laporan sulit itu.
Menurut Nurul, laporan itu diklasifikasikan di bawah Akta
Rahsia Rasmi 1972.
STF ditubuhkan di bawah Kementerian Dalam Negeri pada 2020,
dan penyahklasifikasian laporan itu memerlukan tandatangan menterinya Saifuddin
Nasution Ismail.
Peguam Liew, Jerald Gomez membantah permohonan penangguhan
kerajaan.
Bagaimanapun, dia berkata, bahawa keluarga itu tidak akan
memfailkan sebarang tindakan menghina ke atas kerajaan jika laporan itu
didedahkan selewat-lewatnya pada 13 Sept.