Jumaat, 23 Ogos 2013

Persekutuan Kristian: Dengan Niat Jujur Kami Lampirkan...

Rev Eu Hong Seng
Tidak lama selepas Gereja Katolik gagal mengetepikan rayuan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, mereka kini mengajak rakyat Malaysia melihat pandangan mereka melalui lembaran fakta berkaitan.

Dikeluarkan oleh Persatuan Kristian Malaysia (CFM) semalam, risalah empat halaman dikeluarkan kali pertama untuk edaran di gereja pada Mei lalu itu melampirkan  kenyataan akhbar berkaitan keputusan mahkamah.

"Kami berdoa perkara ini tidak dipolitikkan tetapi Mahkamah Rayuan dibenarkan secara adil memutuskan perkara itu.

"Dengan niat jujur supaya orang ramai lebih memahami pendirian kami, kami lampirkan lembaran fakta CFM berhubung 'Bila, kenapa dan bagaimana Kristian menggunakan kalimah Allah'," kata pengerusi CFM Reverend Eu Hong Seng.

(Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan kerajaan untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar The Herald untuk menggunakan kalimah Allah pada Disember 2009. Rayuan itu dijadualkan akan didengar pada 10 September 2013)


Grafik Sejarah Penggunaan Kata "Allah" oleh Umat Kristian

(Dipetik daripada artikel Malaysiakini bertajuk "Persekutuan Kristian: Dengan niat jujur, kami lampirkan..." bertarikh 23 Ogos 2013)