George Whitefield |
Terdapat ramai pemimpin agung dalam sejarah gereja, tetapi tidak ramai pengkhutbah yang sebegitu besar pengaruhnya ke atas gereja Barat seperti George Whitefield. Salah seorang pengasas Methodis, Whitefield telah membantu menyebar Kebangunan Besar Rohani (The Great Awakening) di Britain dan Amerika pada pertengahan 1700an. Dia adalah salah satu pemimpin agama yang paling terkenal pada zamannya, dan walaupun dia seringkali dilupakan hari ini, banyak yang dapat kita pelajari daripadanya.
Hari ini adalah ulangtahun kematian Whitefield yang ke-244, Sebagai penghormatan bersempena hari ini, berikut ialah antara kutipan kata-kata terbaiknya yang dipetik daripada khutbah-khutbahnya.
Perihal Jiwa
Pemeliharaan jiwa adalah "hal yang paling mustahak"; jauh melebihi apapun yang dibandingkan dengannya.
Perihal Menyebabkan Tersinggung
Khutbah yang lemah saja yang membuat orang tidak tersinggung; yang tidak membuat pendengar tidak senang dengan dirinya dan dengan pengkhutbah.
Perihal Menghadapi Tentangan
Jika anda ingin berjalan dengan Yesus Kristus, anda akan ditentang... pada hari ini, untuk menjadi Kristian yang sejati ialah sesuatu yang dipandang hina oleh umum.
Perihal Penginjilan
Tuhan jangan izinkan aku seperjalanan dengan sesiapapun untuk sesuku jam tanpa bersaksi mengenai Kristus kepadanya.
Perihal Bersandar Kepada Tuhan
Apa? Ingin ke syurga dengan kekuatan sendiri? Anda lebih baik cuba memanjat ke bulan dengan tali yang diperbuat dari pasir!
Perihal Memberi
Jika tidak memberi kebajikan, kita bukanlah Kristian: kebajikan adalah tanggungjawab besar orang-orang Kristian.
Perihal Mesej Injil
Sesiapa yang membaca Injil dengan jujur, dan niat yang ikhlas, akan mendapati bahawa Tuhan kita mengambil setiap kesempatan mengingatkan murid-murid-Nya bahawa Kerajaan-Nya bukan dari dunia ini; bahawa doktrinnya adalah doktrin Salib; dan untuk mengakui diri mereka menjadi pengikut-pengikut-Nya, akan menyebabkan mereka terpanggil untuk keadaan yang tetap dalam penderitaan dan penyangkalan diri secara sukarela.
Perihal Doa
Orang-orang percaya menjaga dan memelihara hubungan mereka dengan Tuhan melalui doa peribadi. Sikap yang menunjukkan kasih karunia selalu diiringi oleh sikap berdoa. Ianya adalah nafas ciptaan baru, kipas untuk kehidupan ilahi, di mana semarak api yang kudus, dipupuk dalam jiwa oleh Tuhan, bukan saja tersimpan di dalam, tetapi dikepakkan menjadi nyala besar.
Perihal Maju Ke Hadapan
Teruskan maju ke hadapan. Jangan berhenti, jangan berlengah dalam perjalanan anda, tetapi berjuang untuk mencapai matlamat yang telah diletakkan di hadapan anda. Lawanlah perlawanan yang baik, dan Tuhan akan memberi anda kasih karunia dan pertolongan.
Perihal Menjadi Seperti Anak Kecil
Apabila Tuhan kita mengatakan bahawa kita mesti bertaubat dan menjadi seperti anak kecil, aku kira Dia juga bermaksud, bahawa kita mesti menyedari kelemahan kita, secara bandingan, seperti anak kecil.
Perihal Kerendahan Hati
Tuhan tolongku mula untuk bermula.
Perihal Kasih
Tuhan sangat berkenan apabila segala tindakan kita bermula dari kasih, kasih kepada Diri-Nya, dan kasih kepada jiwa-jiwa yang bernilai kekal.
Perihal Menerima Kristus
Sebagaimana Kristus telah dilahirkan dari rahim perawan Maria, begitu juga Dia harus dibentuk secara rohani dalam hati kita. Sebagaimana Dia mati untuk dosa, kita juga mesti mati kepada dosa. Dan sebagaimana Dia bangkit semula dari maut, kita juga mesti bangkit kepada kehidupan yang ilahi.
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Relevent Magazine bertajuk "13 George Whitefield Quotes That Will Challenge Your Faith" bertarikh 30 September 2014)