Radamel Falcao bergambar dalam jersi Manchester United selepas berpindah ke kelab tersebut dari Monaco untuk miusim 2014-15 |
Radamel Falcao merayakan perpindahannya secara pinjaman untuk semusim ke Manchester United dengan menikmati makanan tradisi Cina di sebuah restoran tempatan Wing's.
Pemain Colombia itu telah membelanjakan sebahagian daripada gaji mingguannya yang berjumlah £280,000 (RM1.4 juta) untuk makan bersama para peguamnya dan ejennya Jorge Mendes, yang juga menguruskan Cristiano Ronaldo.
Dalam menu restoran yang popular itu ialah hidangan-hidangan tradisi seperti nasi goreng makanan laut, udang goreng, itik berkulit rangup dan harum.
Itulah caranya Falcao merayakan selepas perundingan sehari suntuk, yang mana diakuinya hampir-hampir tidak berhasil.
"Aku telah menunggu detik ini banyak kali dalam setahun ini. Sekarang aku ialah pemain Manchester United. Ianya hari yang panjang. Ianya susah dan sulit. Kami menunggu sampai ke minit terakhir tetapi aku tidak hilang percaya. Sekarang aku ingin ucapkan terima kasih kepada Tuhan untuk ini. Aku sungguh gembira," katanya.
Restoran itu digemari oleh pemain-pemain bola sepak City dan United, termasuk rakan sepasukan baru Falcao, Wayne Rooney.
Dan kelihatannya Falcao akan mengunjungi restoran itu banyak kali lagi, setelah pemilik-pemiliknya secara peribadi mengalu-alukan kumpulan mereka dan membawa mereka ke tempat duduk di ruang peribadi.
Pemain bahagian serangan itu telah melengkapi perjanjian pinjamannya yang bernilai £6million (RM31,3 juta) dari Monaco pada awal pagi Selasa selepas Old Trafford mengatasi saingan daripada Arsenal dan musuh ketat, Manchester City untuk mendapatkan tandatangannya.
Dia akan memakai jersi No. 9 di kelab itu dan telah menjanjikan para peminat satu musim yang berjaya.
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel laman Yahoo! Sports bertajuk, "Falcao Celebrates Man United Move In Chinese Restaurant" penulisan Ash Hashim bertarikh 5 September 2014)